,
Hiburan

Tahniah James Wan! Aquaman Raih Lebih USD1 Bilion Selepas 22 Hari

Kamaruddin Razal
16/01/2019
11:51 MYT
Tahniah James Wan, anak kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta fenomena apabila berjaya menjadikan filem arahannya Aquaman sebagai Box Office!
Aquaman mencipta sejarah apabila filem terbitan DC dan Warners Bro itu, yang ditayangkan sejak 21 Disember 2018 meraih kutipan lebih dari USD1 bilion pada Sabtu. Dengan kutipan sebanyak USD4.5 juta di Amerika Utara dan USD5.4 juta di luar negara membuatkan filem itu berjaya mengutip sejumlah USD988.6 juta pada Jumaat.
Menurut laporan media antarabangsa, sejak filem itu ditayangkan, ia terus menerus memikat penonton seluruh dunia dan ia menjadi filem komik DC yang pertama mencecah billion dolar dalam masa tayangan 22 hari, selain The Dark Knight Rises.
Kejayaan ini membuatkan Wan, pengarah filem warga Australia yang menetap di Los Angeles, menjadi salah seorang daripada 8 pengarah yang mempunyai dua filem dalam kategori 'kelab USD1 bilion'.
Pengarah lain dalam kategori sama termasuk Chris Nolan untuk filem Dark Knight dan Dark Knight Rises, Michael Bay (Transformers 3 dan Transformers 4), Peter Jackson (Lord of the Rings: The Return of the King, The Hobbit: An Unexpected Journey) dan Joss Whedon (Avengers dan Avengers: Age of Ultron).
Pelakon yang menjayakan watak utama sebagai Aquaman, Jason Momoa, turut mengucapkan terima kasih kepada peminat melalui laman Instagram miliknya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Aquaman and The Lost Kingdom: Sewa & Menang di Astro First!

gempak
08/02/2024
09:11 MYT
Sewa & Menang hadiah eksklusif khas daripada Aquaman!
Hollywood

Jason Momoa Nak Jadi Ahli Politik Untuk Selamatkan Dunia

gempak
04/02/2024
13:37 MYT
Bintang Aquaman, Jason Momoa ternyata punya cita-cita yang lebih ‘berat’ berbanding menjadi pelakon sewaktu kecil.
Laman Utama

James Wan Lepas Gian Pekena Durian & Laksa, Panjat Tangga Batu Caves!

gempak
16/12/2023
02:55 MYT
Dengarnya James Wan teringin shoot filem Hollywood di Malaysia.
Hollywood

Jason Momoa Mengenang Pernah Kelaparan & Terbeban Hutang Selepas 'Mati' Di  Game of Thrones

gempak
13/11/2020
01:15 MYT
Dia berkongsi kesusahan bersama isterinya
Hollywood

Pengarah Filem Kelahiran Malaysia Bertunang Dengan Aktres Filem The Nun

gempak
24/06/2019
08:55 MYT