,
Salam Muslim

#TahfizMuda: Mampukah TM Syadril dan TM Anas Melangkah Ke Final?

Ahmad Shah
19/05/2016
03:21 MYT
Peringkat separuh akhir Persada Tahfiz Muda malam ini bakal menampilkan enam peserta bersaing untuk merebut tempat ke final.
Dari enam peserta yang tinggal itu, dijangkakan peluang untuk ke final amat cerah buat Tahfiz Muda Syadril dan Anas.
Ini kerana sepanjang lima minggu bersaing sebelum ini, kedua-dua mereka belum pernah berada di kedudukan tiga terendah.
Oleh itu peluang untuk dua tahfiz muda ini ke final adalah tinggi berdasarkan persembahan konsisten mereka sepanjang minggu.
TM Syadril berusia 11 tahun, berasal dari Perak dan sangat pandai bertaranum. Tahfiz Mudai ini juga pernah menjuarai pertandingan tilawah Al-Quran selain merupakan pelajar terbaik di sekolahnya.
Kemampuan Syadril untuk bergelar juara jika layak ke final juga tidak boleh dipertikaikan.
TM Anas pula sebelum ini adalah antara peserta favourite berdasarkan pujian yang sering diberikan oleh pihak juri kepadanya.
Dengan persembahan konsisten, adalah sesuatu yang mengejutkan jika Anas tersingkir di peringkat separuh akhir ini.
Selain mereka berdua, empat lagi peserta yang mempunyai peluang sama rata untuk layak ke final ialah TM Fatimah, TM Amir, TM Iman dan TM Aqil.
Keempat-empat mereka ini bagaimanapun pernah berada di kedudukan tiga terbawah sebelum ini dan nyaris tersingkir sebelum terselamat kerana tiada penyingkiran pada minggu tersebut.
Mampukah Syadril dan Anas melangkah ke final? Atau ada kejutan sekiranya salah seorang atau kedua-dua mereka tersingkir? Siapakah pula empat yang lain yang akan layak ke final?
Saksikan Separuh Persada Tahfiz Muda malam ini, jam 9 malam di Astro Oasis (106) dan Maya HD (135).
#QurankuSahabatku
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Salam Muslim

Selepas Subuh Waktu Terbaik Untuk Hafaz Al-Quran - Tahfiz Muda Aqil

gempak
26/05/2016
11:50 MYT
Salam Muslim

Aqil Dinobat Sebagai Juara Tahfiz Muda Musim Pertama

gempak
26/05/2016
11:16 MYT
Salam Muslim

Enam Finalis #TahfizMuda Yakin Mampu Bergelar Juara

gempak
26/05/2016
02:00 MYT
Salam Muslim

#TahfizMuda: Doa Ibu Bapa Iringi Enam Peserta Ke Final

gempak
20/05/2016
04:35 MYT
Salam Muslim

#TahfizMuda Anas dan Iman Curi Perhatian Audiens

gempak
13/05/2016
03:47 MYT