,
Laman Utama

Tabung Haji Diarah Dapatkan Maklumat Kepulangan Wanita Berpakaian Ihram

Gempak
21/08/2022
17:44 MYT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad telah mengarahkan Tabung Haji (TH) untuk menghubungi Jabatan Imigresen bagi mendapatkan maklumat kepulangan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah baru-baru ini.
Kata Idris, pihaknya juga membuat siasatan lanjut untuk mendapatkan maklumat mengenai tempat asal wanita berkenaan dan akan memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri terlibat untuk tindakan lanjut.
Idris berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelepasan konvoi motosikal kongsi rezeki sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pada Ahad.
Program yang diadakan di Masjid Putra itu bagi menyambut genap setahun Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengemudi negara dan Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Sebelum ini pada 12 Ogos lalu Idris berkata tindakan tegas menanti kepulangan wanita terbabit kerana didakwa mengerjakan umrah dengan berpakaian ihram lengkap seperti lelaki.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi video berdurasi 17 saat memaparkan seorang ‘lelaki’ merakam dirinya tawaf di depan Kaabah dalam Masjidilharam di Makkah yang akhirnya tular selepas identiti individu itu didedahkan sebagai wanita.
BERNAMA
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

“Saya Bukan Ustaz” - Sabri Yunus Hanya Jawab Pertanyaan Agama Dari Isteri Sahaja, Enggan Ambil Risiko

gempak
10/09/2024
12:55 MYT
Pelakon dan sutradara terkenal Sabri Yunus menegaskan dirinya bukan individu yang tepat untuk menjawab persoalan orang ramai berkaitan hal agama.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Hiburan

Zainal Abidin Harap Penganjur Muzik Festival Peka Soal Agama, Elak Pakaian Menjolok Mata - “Kita Negara Islam..”

gempak
17/08/2024
02:55 MYT
Penyanyi, Datuk Zainal Abidin Menakai penganjuran festival muzik tempatan terbaik bagi merancakkan industri seni hiburan.
Viral

"Saya Nak Bertanggungjawab Kerana Agama" - Hafiz Mahamad

gempak
29/07/2024
00:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan Hafiz Mahamad tampil memberikan respons terhadap kecaman netizen berhubung video lama yang kembali tular baru-baru ini.