,
Viral

Tabiat Minum Minyak Angin, Beri Kebaikan Atau Datangkan Mudarat?

Muhammad Firdaus
09/05/2024
11:55 MYT
Menelan minyak angin mungkin kedengaran pelik atau meloyakan buat sesetengah orang.
Menerusi satu klip video tular di media sosial baru-baru ini, dapat dilihat seorang lelaki meminum minyak angin dan menggosokkan cecair berkenaan di seluruh muka bagi tujuan merawat sakit kepala.

Netizen Timbul Persoalan

Posting itu bagaimanapun, menimbulkan persoalan ramai netizen berkaitan keberkesanan selain kemudaratan yang boleh terjadi disebabkan pengambilan cecair yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan luaran.
“Tak datang kemudaratan apa-apa ke?”
“Seriuslah?! Aduh macam-macam, tak rosak pula organ dalaman,”
“Tengok pun dah memudaratkan dia, tak payah tunggu kesan masa panjang pun.”
tak datang kemudaratan apa2 ke ? ? pic.twitter.com/xA61FNfGSg— ًِ (@bckupacc99) May 8, 2024

Doktor Pakar Beri Jawapan

Menjelaskan tentang isu berikut, seorang doktor pakar, Datuk Dr. Mohd Rushdan Md Noor memberitahu minyak angin seringkali dimasukkan bahan-bahan seperti Methyl Salicylate, Menthol dan Camphor.
Menurutnya, ketiga-tiga ubat yang dinyatakan itu sebenarnya boleh memudaratkan jika kaedah penggunaannya tidak betul.
“Terdapat laporan keracunan salicylate ke atas kanak-kanak dan orang dewasa yang menyalahgunakan minyak angin. Di antara gejala keracunan adalah loya, muntah, keliru, alkalosis (berlebihan alkali), asidosis (berlebihan asid) dan kegagalan organ. Begitu juga dengan menthol dan Camphor, masing-masing ada kesan sampingan yang tersendiri.
“Kami pernah melaporkan satu kes ibu hamil 32 tahun yang mengandung anak ke tiga mengalami keracunan salicylate apabila menggunakan minyak angin untuk merawat sakit gigi. Beliau merawat sakit gigi dengan meletakkan kapas yang dibasahkan dengan minyak angin kepada bahagian gigi yang sakit,” kongsinya.
Ubat-ubat itu juga boleh menyebabkan keracunan sekiranya disapu pada kulit dalam kuantiti yang banyak kerana diserap masuk ke dalam aliran darah.
Susulan itu, beliau mengingatkan supaya hanya menggunakan minyak angin untuk kegunaan luaran dan mengelakkan diri daripada menyedut ataupun meminum cecair berikut kerana mampu mendatangkan kemudaratan pada tubuh badan.

"Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya

“Apabila membeli minyak angin ataupun krim/bam tolong semak label senarai ubat-ubat yang dimasukkan ke dalamnya dan jika ada ketiga-tiga atau salah satu daripada ubat-ubat di atas, gunakan dengan berhati-hati pada bahagian luar badan dan jangan digunakan ke atas kanak-kanak. Elakkan daripada menyedut ataupun meminumnya,” tegasnya.

BERITA TRENDING: Baru 12 Hari Kahwin, Suami Terkejut Isteri Rupa-Rupanya…

BERITA TRENDING: Guna Wanita Promosi Minyak Wangi & 'Pikat' Lelaki Ajnabi, Peniaga Ditegur Tak Endah Hukum Islam?
Sumber: Platform X/Mingguan Wanita
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.