Sukan
Sze Fei-Nur Izzuddin Cipta Magis, Juara Terbuka Artik
Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, bergelar juara Kejohanan Badminton Terbuka Artik apabila bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan beregu pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen, di Vantaa pada Ahad.
Wakil negara itu bermula perlahan dalam set pertama, di mana mereka tidak pernah dapat mendahului lawan berkenaan sehingga pada satu ketika ketinggalan 8-16 sebelum tewas 15-21.
Bagaimanapun, Sze Fei dan Nur Izzuddin bangkit mendominasi set kedua untuk mencatatkan kemenangan 21-18, sekali gus mengheret penentuan gelaran itu ke set ketiga.
Aksi dalam set penentuan berlangsung sengit dengan gandingan negara itu ketinggalan pada pertengahan aksi tetapi sebaik menyamakan kedudukan 19-19, mereka memperoleh dua mata terakhir untuk merangkul gelaran ketiga mereka tahun ini.
Sebagai rekod, Sze Fei dan Nur Izzuddin juga merupakan juara Terbuka Jepun dan Terbuka China sepanjang tahun ini selain juara Masters Abu Dhabi pada penghujung tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Terbuka China, Bangkit Pecah Dominasi Tuan Rumah
ARTIKEL BERKAITAN: Sze Fei-Izzuddin Juara Terbuka Jepun, Tamatkan Kemarau 22 Tahun
ARTIKEL BERKAITAN: BAM Setuju Lepaskan Sze Fei-Nur Izzuddin
Sumber: Stadium Astro
Must-Watch Video