,
Laman Utama

"Syurga Ita Dah Tak Dak Mak" - Hari Ibu Berendam Air Mata, Ibu Anita Baharom Meninggal Dunia

Amri Hassan
08/05/2022
23:55 MYT
Belum habis berendam air mata selepas kematian suami, pelakon Anita Baharom diuji pula dengan kehilangan ibunya, Wirmah Pawanchee pada 6 Mei lalu.
Berkongsi perkara terbabit di Instagram, arwah ibunya meninggal dunia pada usia 74 tahun namun tidak mendedahkan punca kematian.
"innalillahiwainnailaihirojiun. Mak Ita dah tak de. Makkkkkk.
"Syurga Ita dah tak dak Mak.
"Semoga Mak bahagia tenang di alam sana.. Ita sayang Mak dunia akhirat. Kita jumpa di sana ya Mak.
"Semoga Mak dapat jumpa abah dan Ismadi. Kami rindu Mak," tulis Anita bersama beberapa keping foto.
Lebih sayu, Anita turut memuat naik foto kenangannya bersama arwah ibu sempena sambutan hari ibu pada Ahad.
Mengungkapkan rasa rindu terhadap kehilangan arwah, Anita turut berkongsi sepotong doa buat ibunya yang sudah pergi menghadap Ilahi.
Jenazah ibunya telah dimandikan, disembahyangkan serta selamat dikebumikan di Masjid Al Amin Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah pukul 8 pagi Sabtu.
Terdahulu pada 1 Januari lalu, Anita kehilangan suami tersayang, Ismadi Ismail, 50, yang meninggal dunia di kediaman mereka di Bandar Nusa Rhu, Shah Alam, Selangor sekitar pukul 8 pagi.
Ismadi meninggalkan Anita bersama tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.