,
Laman Utama

"Syukur Walau Ada Anggap Saya Sendu, Ada Jenama Pilih Saya" - Faezah Elai Terkejut Dilantik Jadi Wajah Kempen Tudung Mawar Cotton!

Amri Hassan
12/06/2023
02:00 MYT
Bermula sebagai pengguna tegar, pelakon dan ahli perniagaan, Faezah Elai seterusnya dilamar menjadi wajah kempen baju kurung koleksi raya Aidiladha dipanggil Hajeera Edition keluaran jenama Mawar Cotton.
Koleksi sebanyak 13 pilihan warna terdiri daripada kurung pleated (enam warna) dan kurung scallope (tujuh warna) itu dilancarkan 9 Jun lalu bersempena sambutan Hari Raya Korban yang bakal diraikan hujung bulan ini.
Menurut pengasas jenama itu, Nik Hetty Eliya Nik Ab Rahman, pemilihan artis berstatus ibu kepada lima cahaya mata itu didorong dengan alasan yang konkrit dan bertepatan dengan sasaran pelanggan mereka.
"Awalnya kami pernah menggunakan khidmat dia (Faezah) ketika mempromosikan koleksi terdahulu yang kami keluarkan beberapa tahun lalu. Percaturan kami mengena apabila ulasan dan promosi dilakukannya mendapat sambutan memberangsangkan di kalangan penggemar jenama kami.
"Lagipun koleksi Hajeera Edition kali ini bertepatan dengan gaya dan caranya yang menawan menggayakan kurung bercetak. Justeru, kami yakin boleh mengubah dia menjadi anggun dan lebih menyerlah dengan koleksi kami keluarkan.
"Malah ketika sesi siaran langsung di media sosial, pembabitannya juga kena dengan kelompok sasaran kami iaitu lebih kepada orientasi wanita muslimah, keluarga. Tak lupa, kandungan yang dipromosikan di media sosial juga dekat dengan masyarakat," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Suam-suam kuku

Diaju persoalan kenapa memilih Faezah yang dilihat kurang meniti populariti atau suam-suam kuku, Nik Hetty Eliya ada hujahnya tersendiri.
"Mungkin ada yang mengandaikan kami patut memilih artis atau selebriti yang lebih popular berbandingnya. Tapi dengan apa yang kami perhati selain kerjasama terjalin, dia ada keistimewaan dan tarikan tersendiri.
"Kami juga cuba melawan arus dan percaya setiap daripada kita ada rezeki masing-masing. Begitu juga dengannya. Ini juga langkah sulung kami mengambil artis sebagai wajah kempen atau wakilan.
"Lamaran dan perbincangan kami mengintainya sejak April lalu juga dipermudahkan. Dia tak banyak songeh dan sangat menyenangkan," katanya.

Faezah Elai terkejut

Sementara itu, Faezah yang juga isteri kepada pengarah Heykal Hanifah ternyata masih terkejut dengan lamaran dan pelawaan jenama Mawar Cotton.
"Saya anggap ini rezeki terindah. Jujur hingga saat ini saya rasa macam masih bermimpi dengan tanggungjawab dan amanah diberikan selama sebulan untuk kempen raya haji ini.
"Rezeki ini juga sebenarnya membuka kisah lama apabila pihak mereka berpuas hati apabila ulasan dan promosi baju kurung dibuat di Instagram (IG) tiga atau empat tahun lalu membuatkan tak menang tangan dan laku keras.
"Saya pun sudah tak ingat dengan kisah berkenaan. Tapi syukur, di sebalik ada yang menganggap saya ‘sendu’, ada jenama yang berani memilih saya.
"Kata mereka, koleksi Hajeera Edition khususnya kena dengan personaliti saya," katanya yang mula berhijab pada 2015.
Ibu kepada Luqman Haqeem, Sarah Heyrissa, Luq Adam Heydhani, Dealova Heyrinna dan Aurora Heyricca ini secara peribadi turut menyenangi rekaan baju kurung jenama terbabit.
"Pendek kata, rekaannya sesuai dengan gaya dan cita rasa saya. Rekaannya juga ‘rare’ dan tak polos. Motif yang direka dan dihasilkan bagai memberi nyawa kepada baju kurung jenama itu," katanya.

Sasar jualan RM10 juta

Jenama yang beribu pejabat di 1-01, Jalan Cengkerik 03, Pusat Perdagangan Kempas, Johor Bahru itu mula bertapak dan berada di pasaran sekitar tahun 2012.
Bahkan lebih sedekad lalu, jenama milik bumiputera itu meledak awal tahun 2020 dengan rangkaian koleksi custome printed kurung pleated, kurung riau dan scallope kurung.
Seiring dengan ledakan jenama itu, tanda pagar #properwearkurung juga terus meniti di bibir peminat.
"Lebih sedekad itu juga kami tidak menggunakan sistem ejen atau stokis. Sebaliknya terus memperkasa jualan secara peruncitan semata-mata. Koleksi baju kurung kami tawarkan dengan harga mampu milik dari RM100 hingga RM200.
"Insya-Allah kami sasarkan jualan sasaran setahun dalam RM10 juta," katanya.

Sumbang kepada saudara Islam di Palestin

Selain memilih Faezah untuk melonjakkan pengaruh jenama ini, Nik Hetty Eliya berkata pihaknya akan terus melancarkan pelbagai strategi pemasaran dalam melonjakkan nama jenama syarikat yang berdaftar di bawah Mawar Cotton Empire Sdn Bhd ini.
"Kami tidak akan betah duduk diam. Sebaliknya akan terus mengeluarkan inovasi rekaan cetakan yang outstanding khas untuk baju kurung kami yang lain dari yang lain di pasaran," katanya.
Istimewanya, Nik Hetty Alia berkata salah satu design koleksi Hajeera Edition yang dicetak iaitu Cahaya Palestina juga akan disumbangkan ke badan amal terpilih.
"Setiap RM1 dari hasil jualan baju rekaan Cahaya Palestina akan disumbangkan ke badan amal terpilih untuk saudara Islam di Palestin," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hiburan

Pengarah Filem AS, Sarah Friedland Nyatakan Sokongan Kepada Palestin Secara Terbuka Di Festival Filem Venice

gempak
09/09/2024
03:55 MYT
Friedland menyuarakan sokongannya semasa memberi ucapan selepas menerima Anugerah Luigi de Laurentiis untuk filemnya Familiar Touch di Festival Filem Venice.
Hiburan

Angeline Tan Dedah Sabri Yunus Tak Pernah Paksa Berhijab - “Tapi Saya Rasa Sebagai Seorang Islam, Ini Lebih Sopan”

gempak
06/09/2024
00:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan mendedahkan suaminya, aktor Sabri Yunus tudak pernah memaksanya untuk memakai hijab.
Berita

“Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

gempak
05/09/2024
05:25 MYT
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia atas bantuan dan sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin", kata Banan Salmi Ahmad Abu Ratimah, 28, ketika ditemui di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan, Kuala Lumpur.
Sukan

Skuad Bola Sepak Palestin Training Di Kuala Lumpur - "Malaysia Ibarat Rumah Pertama Kami"

gempak
28/08/2024
09:25 MYT
Skuad bola sepak Palestin mengakui gembira dapat menjalani latihan serta mengharungi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia menentang Jordan di Malaysia.