,
Laman Utama

“Syukur Selamat” - Lihat Bagaimana Kabin Ciptaan Lelaki Selamatkan Barangan Berharga Ibunya Ketika Banjir!

Hanafis Haris
18/01/2021
01:02 MYT

Bermula daripada melihat sangkar ikan menggunakan plastik biru, seorang anak jati Temerloh nekad membina sebuah kabin terapung bagi menyimpan peralatan elektrik dan barangan berharga ketika banjir teruk melanda Pahang, baru-baru ini.

Difahamkan, kabin seolah-olah rumah rakit itu diperbuat daripada zink dan besi serta diapung menggunakan tong drum plastik.

Menurut Zahari Lambak, 55, kabin tersebut dibina untuk ibunya Mek Jah Omar, 77, yang menetap di Kampung Gantuk, Temerloh, Pahang.

Pengalaman menghadapi banjir buruk pada 2014 membuatkan dia mencari alternatif bagi menyelamatkan barangan daripada musnah ditenggelami air.

“Rumah mak saya pernah berhadapan banjir buruk beberapa tahun lalu dan ketika itu semua barangan elektrik rosak.

"Kejadian itu membuatkan saya terfikir bagaimana cara terbaik untuk simpan dan selamatkan barang-barang sekiranya kejadian sama berulang.

“Selepas melihat sangkar ikan yang dibuat menggunakan tong plastik biru saya mendapat idea membina kabin terapung," katanya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, kabin seluas 112 kaki persegi itu dibina dengan kos sebanyak RM1,000.

Jelasnya, kabin itu disiapkan dalam tempoh hanya empat hari..

“Kabin itu ternyata berguna ketika banjir, apabila barang-barang berharga dapat diselamatkan selepas air naik mencecah tiga meter di kampung berkenaan, pada 3 Jan lepas.

"Syukur barangan di rumah mak selamat daripada ditenggelami air,” katanya.

Sumber : BERNAMA

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.