,
Viral

Syukur Kes Zulfarhan Sudah Berakhir, Ramai Harap Agar Kematian Amirul Nashriq Turut Mendapat Pembelaan Sewajarnya

Gempak
29/07/2024
12:15 MYT
Seluruh rakyat Malaysia melahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan memutuskan keenam-enam tertuduh yang mengakibatkan kematian Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Ramai Syukur Kes Zulfarhan Berakhir

Pada Selasa lalu, panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwaan untuk mengembalikan semula pertuduhan.
Hadhariah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan tanpa keraguan munasabah tuduhan pembunuhan terhadap keenam-enam bekas penuntut yang masing-masing kini berusia 28 tahun.
Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Hadhariah dalam prosiding yang berjalan lebih tiga jam, menyifatkan jenayah yang dilakukan terhadap Zulfarhan sebagai 'yang paling jarang berlaku' dengan turut mengambil kira perasaan yang dirasai oleh ibu bapanya.
Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang ketika kejadian berusia 21 tahun didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat universiti itu di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.

ARTIKEL BERKAITAN:6 Bekas Penuntut UPNM Ke Tali Gantung, Bunuh Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:Cikgu Fadli Salleh Harap Kes Zulfarhan Jadi Iktibar - “Jangan Lagi Nak Sorok Kes Semata-Mata Jaga Nama, Nyawa Lebih Penting!”

ARTIKEL BERKAITAN:"Keenam-Enam Pelaku Dijatuhkan Hukuman Mati! Baru Hidup Saya Tenang" - Ibu Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:“Mana Suhakam Ketika Anak Saya Dibunuh?” - Ibu Bapa Zulfarhan

ARTIKEL BERKAITAN:Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tidak Setuju SUHAKAM Bantah Hukuman Mati Penuntut UPNM

Harap Kes Amirul Nashriq Juga Dapat Pembelaan

Selepas Zulfarhan, mungkin ramai yang sudah lupa akan kes kematian melibatkan seorang lagi bekas penuntut UPNM, Amirul Nashriq Othman setahun selepas pemergian Zulfarhan.
Untuk rekod, hasil siasatan polis mendapati Amirul Nashriq yang berusia 19 tahun pada ketika itu meninggal dunia akibat lemas ketika mandi bersama-sama rakannya di Air Terjun Chamang, Bentong, Pahang pada 24 Mac 2018.
Bagaimanapun, pemergiaannya menimbulkan 1001 persoalan dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan, ada juga yang mendakwa bahawa kematian Amirul Nashriq bukanlah disebabkan lemas tetapi kerana didera.
Menurut laporan Berita Harian pada 29 Mei 2018, bapa Allahyarham, Othman Yusoff, 51, dilaporkan berkata, keluarganya membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan hasil siasatan polis serta laporan bedah siasat anaknya.
Jelasnya, laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gopeng, pada 25 Mei 2018 selepas melihat kecederaan dialami Amirul Nashriq termasuk kesan lebam yang terdapat pada badan mangsa dua hari sebelum kejadian.

"Kami sekeluarga tidak berpuas hati kerana autopsi dilakukan tanpa kebenaran saya sebagai waris, dan hanya menandatangani surat kebenaran sejurus sampai di Hospital Bentong, Pahang.

"Laporan itu amat mencurigakan kerana kesan lebam yang terdapat pada dada anak saya dikatakan berpunca daripada terkena batu semasa lemas, sedangkan dua hari sebelum itu arwah sempat hantar gambar kepada kami menunjukkan kesan lebam akibat dipukul oleh tiga pelajar senior," katanya.

Amirul Nashriq Alami Kesan Lebam Akibat Dipukul Tiga Senior

Othman mendakwa, anaknya pernah memaklumkan mengalami kesan lebam akibat dipukul tiga pelajar senior sehingga sesak nafas.

"Anak saya sebelum ini menunjukkan gambar lebam di dada, dia kata kena pukul di bahagian ulu hati hingga senak bersama seorang lagi rakannya.

"Kami suruh beliau balik ke kampung namun apa yang peliknya dua hari kemudian, arwah bersama rakan lain ke kawasan air terjun dan meninggal dunia akibat lemas," katanya.

Dalam kejadian itu, Amirul Nashriq dikatakan pergi ke Air Terjun Chamang bersama tujuh rakan daripada universiti sama.
Ketua Polis Daerah Bentong ketika itu, Superintendan Yusuf Unis dilaporkan berkata, berdasarkan siasatan mangsa lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di air terjun berkenaan.
Ketika mandi, mangsa dikatakan tiba-tiba tenggelam dan gagal dikesan sebelum timbul 15 minit kemudian dengan rakan-rakan mangsa cuba menyelamatkannya namun tidak berjaya.

Keluarga Bangkit Demi Amirul Nashriq

Sementara itu, kakak Amirul Nashriq, Norzulaikha Othman memaklumkan, atas nasihat peguam, laporan polis kedua dibuat pada 6 Ogos 2018.
"Sedih ini bukan dibuat-buat, hanya yang rasa akan faham perasaan kami. Ramai yang kagum kerana kami kuat tapi ramai juga yang tak tahu berapa kali kami pernah berputus asa.

"Saya sedih bila mak ayah saya dilayan sebelah mata hanya kerana kami dari keluarga biasa-biasa, tiada pangkat, tiada harta. Harta kami hanyalah sebuah keluarga yang bahagia tapi langit itu tak selalunya cerah, kami reda.

"Apa yang kami tak pernah kena? Dimaki pihak tertentu kerana mahu meminta tolong? Dipandang serong konon mengejar duit dan nama? Tapi kami tetap kuat, kami bangkit untuk lawan demi Yayoi (Amirul Nashriq).

"Mungkin ada antara kita tak pernah rasa rindu yang teramat, rindu sampaikan baca Yasin sambil tengok gambar arwah, rindu sampai menangis tiap malam sebelum terlena, rindu sampai termimpi-mimpikan dia," luahnya.
Justeru susulan keputusan mahkamah terhadap kes Zulfarhan pada Selasa lalu, orang ramai berharap agar kematian Amirul Nashriq turut mendapat pembelaan sewajarnya.
Sumber: Majoriti
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Pesan Bakat Baharu Perlu Disiplin, Jangan Terlalu Merendah Diri Hingga Dibuli - “Maruah Kita Patut Tinggi & Mahal Dari Mana-Mana Gaji”

gempak
22/11/2024
05:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi tips bagaimana dia mampu bertahan dalam industri seni tanah air hampir tiga dekad.
Berita

Suspek Kes Buli UPNM Mengaku Tidak Bersalah Pijak Perut Mangsa Pakai Spike But

gempak
22/11/2024
03:55 MYT
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak, pada bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, Kuala Lumpur, hari ini.
Hiburan

Pemain Gitar Utama Spider, Napie Meninggal Dunia

gempak
22/11/2024
00:08 MYT
Pemain gitar utama Spider, Hanafi Hamdan atau Napie meninggal dunia selepas lebih empat bulan diserang angin ahmar.
Unitar