,
Laman Utama

Syukur! Kerjasama Erat Hospital KPJ, Pertubuhan Kasih Neelofa Agih Bantuan 166 OKU Di PPR…

Hanafis Haris
23/07/2021
09:50 MYT

Selebriti popular, Neelofa menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa tampil mengadakan agihan bantuan makanan asas kepada 166 Orang Kurang Upaya (OKU) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Kuala Lumpur, hari ini.

Acara yang dijalankan menerusi Program Infaq Jumaat itu membabitkan penerima OKU yang berdaftar dan merupakan ahli Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jatidiri (PERJATI) yang kesemuanya merupakan penduduk PPR Desa Rejang.

Bantuan makanan asas tersebut merupakan sumbangan daripada Hospital KPJ dan Pertubuhan Kasih Neelofa yang merupakan simbolik kebersamaan pihak Hospital KPJ kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik.

Duta Pertubuhan Kasih Neelofa, Haris Ismail atau lebih mesra disapa PU Riz berkata, OKU di PPR Desa Rejang ini sangat luar biasa.

“Mereka tidak menumpukan kepada status OKU tetapi berusaha untuk mencari jalan untuk menyara keluarga dengan mempelajari pelbagai kemahiran.

“Namun begitu mereka tetap terkesan dengan pandemik ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Pengerusi Pertubuhan Kasih Neelofa iaitu Neelofa sendiri, dia merakamkan penghargaan kepada pihak korporat yang sudi bekerjasama dalam membantu golongan memerlukan daripada pelbagai aspek seperti keperluan asas dan menyediakan peluang pekerjaan.

“Saya berharap kerjasama bersama Hospital KPJ dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ini dapat memberi manfaat dalam tempoh jangka panjang yang lebih besar kepada orang ramai.” katanya.

Menerusi program ini, wakil dari PERKESO telah dijemput untuk hadir bagi memberi penerangan dan berkongsi maklumat-maklumat berkenaan fungsi pertubuhan itu dalam membantu golongan OKU yang hilang dan memerlukan pekerjaan.

Pada hari yang sama juga, Pertubuhan Kasih Neelofa juga menjalankan agihan daging Qurban sumbangan Yayasan Pelajaran Mara di PPR Lembah Subang 2 serta lokasi-lokasi lain di sekitar Selangor, Johor dan Negeri Sembilan.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kes Lelaki Ikat Leher Kucing, Heret Paksa Dirujuk Jabatan Veterinar - Polis

gempak
23/11/2024
16:02 MYT
Polis menyerahkan kepada Jabatan Veterinar membuat siasatan kes penganiayaan seekor kucing yang dipercayai berlaku di sebuah apartmen servis di ibu kota seperti dalam satu rakaman video yang tular, hari ini.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Unitar