Hiburan
Syeriv Diberikan Nebulizer, Syatilla Melvin Terima Banyak Petua Berubat
Pelakon Syatilla Melvin telah memuat naik foto anaknya, Syeriv Samheizy yang tidak sihat sedang diberikan alat nebulizer di laman Instagram.
Bagaimanapun, Syeriv yang mengalami batuk dan selsema kelihatan sangat tenang ketika proses tersebut dan ia turut diakui oleh Syatilla.
"Goodboy ibu..tak nangis pun masa neb..cepat sihat sayang ibu♥️kerja ibu pun tergendala @syerivsamheizy"
Foto itu kemudian mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial tersebut terutama yang bergelar ibu.
Rata-rata tidak mengesyorkan bayi seawal tiga bulan itu sudah diberikan nebulizer, sebaliknya mereka mencadangkan cara serta petua lain yang lebih baik buat Syeriv.
Tidak kurang juga yang turut mendoakan supaya anak Syatilla dan Saheizy Sam itu segera sembuh.
Berikut merupakan antara komen serta petua yang diberikan:
@nureul.lee- siannya sayang. kecil-kecil dah ambil neb. moga cepat sembuh
@shahrulain- Syeriv sama umur dengan anak saya...saya guna minyak
aromaterapi jenama Sutra...boleh tengok IG farmasi semulajadi...saya tak jual...just nak kongsi..
@drputeri- Get well soon syeriv... @samtilla my baby kahak hingus banyak i guna sterimar baby pastu sedut guna nasal aspirator.. sedut sehabis puas syok tengok kahak hingus terkeluar dengan jayanya.. biasa buat macam tu before feeding and tido bagi dorang comfortable..
@de_amaryllis- Kesiannya sayang....tilla buat chest precaution mintak doctor ajar or google.... jangan bagi kahak banyak baby tak pandai nak keluarkan....huhuhu ciannya dia cakap melalui pengalaman huhuhu anak
@faizasuhaida - Bagi baby minum madu campur dengan air suam sehari tiga kali. InsyaAllah..
@norainiaaziz- Sis try buat minyak bawang putih. Sapu kat dada. Baby breastfeed sis jaga makan ye. Elakkan makan makanan yang boleh banyakan mukus mcm tenusu, cheese, cookies. Insyaallah moga baby cepat sihat..
Must-Watch Video