HIBURAN
Syed Saddiq Hantar Bella Astillah Di Lapangan Terbang Untuk Tunai Umrah Pada 10 Malam Terakhir Ramadan
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Tunai Umrah Pada Terakhir Ramadan
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG) Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkongsi momen dia di lapangan terbang pada Ahad.Memilih untuk pergi pada 10 malam terakhir Ramadan, Bella bakal menunaikan umrah bersama adiknya yang juga penyanyi, Didi Astillah.
Syed Saddiq Hantar Bella Di Airport
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut kelihatan.
Syed Saddiq hadir ke Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar Bella berlepas.
Pada momen tersebut, Bella mengenakan jubah rona gelap dan Syed Saddiq memakai baju Melayu serba cerah.
Syed dan Bella turut bergambar bersama sebelum Bella ke balai perlepasan.
Untuk info, Bella berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah itu bersama adiknya iaitu Didi Astillah.
Terdahulu, netizen 'merestui' hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar dua figura itu bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras.
Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu.
Manakala, Syed Saddiq pula masih bujang.
ARTIKEL BERKAITAN: Che Ta & Ziela Jalil Usik Bella Astillah & Syed Saddiq: “Selamat Pengantin Baru!”
ARTIKEL BERKAITAN: Manis Sedondon! Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Netizen Pula Usik: “Parlimen Dulu, Baru Ke Pelamin”
ARTIKEL BERKAITAN: Didi Astillah Beri ‘Hint’ Hubungan Bella Astillah - Syed Saddiq - “Takkan Lah Friend Zone Kalau…”
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Hadir Sokong Syed Saddiq Di Mahkamah
ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Terima Kejutan Sempena Hari Jadi, Netizen Fokus Tengok Kek - “Ada Perkataan Grumpy Munchkin Mesti Dari Syed Saddiq”
Must-Watch Video