,
Laman Utama

Syed Saddiq Dipenjara 7 tahun, Dua sebatan Dan Denda RM10 Juta

Awani
09/11/2023
06:20 MYT
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dengan dua sebatan, serta denda RM10 juta selepas didapati bersalah terhadap kesalahan pecah amanah, salah guna harta dan penggubahan wang haram.
Ini susulan keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid yang berkata, pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa bersubahat melakukan pecah amanah sebanyak RM1 juta dana milik sayap Angkatan Muda Bersatu (Armada) pada Mac 2020.

BERITA TRENDING: Syed Saddiq Didapati Bersalah Cuci Duit, Pecah Amanah & Salah Guna Harta

Bagi pertuduhan ini, Syed Saddiq diarah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan satu kali sebatan.
Bagi pertuduhan menyalahgunakan RM120,000 sumbangan parti milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, beliau dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan sekali sebatan.
Bagi dua pertuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan dua transaksi RM50,000 setiap satu, beliau dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM5 juta, yang akan berjalan serentak.
Mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tambahan selama empat tahun jika gagal membayar denda.
Hakim membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan hukuman penjara sementara rayuan dikemukakan dan mengarahkan syarat jaminan dikekalkan.
AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hakim Tolak, Diddy Combs Minta Dipenjara Di Rumah Di Pulau Persendirian

gempak
23/11/2024
15:00 MYT
Pasukan guaman Sean Diddy Combs melakukan banyak perkara demi menyelamatkan rapper yang berdepan dengan ratusan kesalahan melakukan pemerdagangan seks terhadap kanak-kanak dan orang dewasa.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Unitar