HIBURAN
Syasya Rizal Suka Kerja Dengan Fazura, Ingatkan Garang Tapi Lucu - “Macam Kak Long Yang Suka Beri Nasihat”
Penyanyi, Syasya Rizal akui seronok dapat bekerjasama dengan Fazura menerusi lagu raya berjudul ‘Raya Pum Pang.’
Fazura kakak yang lucu dan baik
Menurut Syasya atau nama sebenarnya, Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24, Fazura boleh diibaratkan sebagai seorang kakak yang baik dan lucu.“Saya sangat gembira apabila digandingkan dengan Kak Faz sebab kami seperti ‘sekepala’.“Rupanya Kak Faz merupakan seorang yang sangat kelakar, saya hampir tak percaya dia lagi berusia daripada saya kerana rasa macam sebaya.
“Pada mulanya memang ada rasa takut juga, risaulah kalau dia sejenis orang yang garang tetapi tidak. Fazura ini saya dah rasa seperti kak long yang suka beri nasihat pada adik-adiknya.
“Sekarang pun kalau lepas habis persembahan atau apa aktiviti bersama kami masih lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya kepada Gempak.
Hadiah buat peminat
Mengulas mengenai lagu raya pula, Syasya berkata Raya Pum Pang merupakan hadiah kepada peminat.“Sejujurnya karya ini sangat menyeronokkan dan bila kali pertama dengar pun saya terus jatuh cinta. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dengan bimbingan dari guru vokal dan pasukan produksi," ujarnya.“Lagu ini umpama hadiah kecil untuk peminat yang sudah lama rindu nak dengar suara saya.
Sehingga kini, video muzik ‘Raya Pum Pang’ telah meraih lebih 1.1 juta tontonan di YouTube.
Lebih istimewa lagi, Syasya turut menampilkan anak lelakinya, Yassir Hayyan dalam video muzik lagi tersebut.
Must-Watch Video