Syasya Rizal ‘Like’ Komen Pengikut Teka Sedang Berbadan Dua?
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan bekas ahli kumpulan DOLLA Syasya Rizal.
Syasya like komen
Terbaharu, penyanyi berusia 23 tahun itu telah meninggalkan tanda suka (like) di komen salah seorang pengikutnya mengenai ‘baby bump’.
“I saw baby bump,” komen salah seorang netizen.
Tindakan itu sekali gus menguatkan lagi andaian peminat bahawa selebriti kesayangan mereka itu kini sedang berbadan dua.
“OMG she like, it is really,” komen salah seorang netizen lagi.
Malah, menerusi ruangan komen itu juga pengikutnya masih tidak henti mengucapkan ucapan tahniah walaupun tidak pasti sama ada Syasya sedang hamil atau tidak.
“berseri-seri perggy mummy.
“omg congrats syasya baby bump so cute.
“tak sabar nak tunggu syasya ada anak dia sendiri,” komen beberapa netizen.
Sebelum ini, pemilik nama Norsyasya Syafiqah Shahrizal juga pernah memuat naik beberapa hantaran yang seakan memberi bayangan dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.
Meskipun Syasya tidak pernah membuka mulut tentang dakwaan tersebut namun jelas melalui foto dan video yang dikongsikan.
Terdahulu, Syasya dengan secara rasminya mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla pada 8 April atas alasan peribadi.
Syasya kemudiannya melangsungkan majlis pernikahan dengan Nasrullah dalam satu majlis tertutup pada 21 April lalu.