,
Berita

Syarikat Thailand Tawarkan Cuti Tinder Kepada Pekerja! - "Boleh Guna Untuk Keluar Temu Janji Dengan ..."

Gempak
05/09/2024
15:55 MYT
Sebuah syarikat dari Thailand telah menawarkan manfaat yang tidak konvensional kepada pekerjanya iaitu cuti Tinder.
Menurut firma pemasaran Whiteline Group pada bulan lalu, mereka mengumumkan cuti tersebut bermula dari sekarang sehingga Disember ini serta para pekerja akan diberikan cuti yang berbayar untuk mencari pasangan melalui aplikasi Tinder.
“Pekerja kami boleh menggunakan cuti Tinder untuk keluar temu janji dengan seseorang,” kata syarikat itu dalam hantaran di LinkedIn.
Walau bagaimanapun, pengumuman itu tidak dinyatakan berapa hari yang diperuntukkan.
Sementara itu, syarikat itu turut menanggung kos langganan Tinder Gold dan Tinder Platinum yang lebih untuk semua pekerja.
Pada masa yang sama, kesemua ahli yang melanggan Tinder ini boleh melihat siapa yang menyukai mereka, berpadanan dengan orang dari seluruh dunia, dan menghantar nota dengan setiap Super Like.
Menurut sumber, inisiatif tidak konvensional ini diperkenalkan untuk meningkatkan kesejahteraan dalam kalangan pekerja.
Selain itu, laporan dari sumber menyatakan syarikat itu percaya bahawa jatuh cinta mampu meningkatkan kebahagiaan danakan menyumbang kepada peningkatan produktiviti.
Mengikut laporan dari New Your Post, inisiatif ini bakal bermula selepas pihak pengurusan syarikat terdengar seorang pekerja berkata bahawa dia "terlalu sibuk" untuk berkenalan.
Pekerja yang ingin menggunakan cuti Tinder mereka perlu memberi notis seminggu.
Sekadar info, syarikat itu berasal dari Bangkok, Thailand dan mempunyi kira-kira 200 pekerja.

BERITA TRENDING: Terima Kasih Malaysia Atas Bantuan, Sokongan Diberikan” - Warga Palestin

BERITA TRENDING: Paralimpik Paris 2024: Yusof Hafizi Pelumba Terbaik Asia

BERITA TRENDING: Buaya Di Tasik Seksyen 7 Akhirnya Berjaya Ditangkap

BERITA TRENDING: Canva Naikkan Yuran Langganan Sehingga 300%

Sumber: The Strait Times, Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Viral

Buku 99 Kata-Kata Fattah Amin Kembali Tular, Ada Netizen Beri Nasihat - “Jangan Galak Mengata Orang, Masing-Masing Ada Ujian”

gempak
17/09/2024
06:55 MYT
Susulan isu rumah tangga yang menimpa pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura, kini media sosial ‘riuh’ pula dengan buku berjudul ‘99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin’ yang kembali tular.
Gaya Hidup

#Travelmana: Hampir 100,000 Pelancong Malaysia Bercuti Ke Selatan Thailand!

gempak
16/09/2024
23:25 MYT
Hampir 100,000 pelancong Malaysia memanfaatkan cuti panjang hujung minggu sempena sambutan Hari Malaysia untuk bercuti di wilayah Selatan Thailand, menyumbang lebih daripada 1 bilion baht (100 baht = RM12.95) kepada ekonomi tempatan.
Berita

Long Weekend! 2.2 Juta Kenderaan Keluar Ibu Kota, Lebih Tinggi Dari Cuti Hari Raya

gempak
15/09/2024
14:56 MYT
Peningkatan trafik yang tinggi berikutan pergerakan kenderaan keluar daripada ibu kota sempena cuti panjang dilaporkan lebih meningkat berbanding musim perayaan.