Laman Utama
Syarikat Pengilat Kuku Mengalah, HYBE Daftar Trademark Perkataan 'Borahae' Kumpulan BTS
Syarikat pengurusan kumpulan Kpop terkenal BTS, HYBE telah mendaftar paten untuk frasa popular kumpulan itu, 'Borahae' atau 'I Purple You'.
Memetik laporan allkpop, agensi tersebut dilaporkan menghantar permohonan berkenaan ke Jabatan Harta Intelektual minggu lalu.
Difahamkan, tindakan itu dibuat susulan sebuah syarikat pengilat kuku, Lalalees menggunakan perkataan sama dalam tujuan promosi mereka.
Malah, Lalalees juga telah memohon cap dagang (trademark) frasa yang sama untuk kegunaan mereka pada September tahun lalu.
"Pihak kami menyedari ada yang cuba menggunakan frasa artis naungan kami.
"Justeru, syarikat kami melakukan yang terbaik untuk mengelakkan pihak lain cuba memanipulasi dan mengambil frasa berkaitan artis kami," kata wakil HYBE.
Pada 31 Mei 2021, Lalalees telah membuat permohonan maaf dan menarik balik penggunaan frasa tersebut daripada aktiviti pengiklanan mereka susulan tentangan ramai peminat.
Frasa 'Borahae' sememangnya popular dalam kalangan peminat BTS atau lebih dikenali sebagai BTS Army.
Ia membawa maksud untuk sama-sama percaya dan menyayangi antara satu sama lain.
Frasa itu diperkenalkan pada mulanya diperkenalkan oleh anggota BTS, V atau nama sebenarnya Kim Tae Hyung pada 2016.
Foto: Wikipedia
Must-Watch Video