,
Viral

Syarikat Penerbangan Tersalah Buat Diskaun, Harga Kelas Pertama Dipotong 85%

Maliah Surip
28/08/2024
05:51 MYT
Sebuah syarikat penerbangan terkenal Australia, Qantas Airways Limited menjadi ‘kelam kabut’ selepas tersalah membuka diskaun pada bahagian kelas pertama sehingga 85 peratus.
Penerbangan yang dibuat diskaun itu membabitkan perjalanan antara Australia menuju Amerika Syarikat.
Kos kelas pertama penerbangan tersebut biasanya bernilai sekitar RM56,000. Namun selepas Qantas tersilap membuat diskaun 85 peratus pada bahagian kelas pertama, harganya jatuh kepada sekitar RM10,000.
Lantaran kesilapan tersebut, sekitar 300 penumpang ‘bertuah’ berjaya mendapatkan harga durian runtuh sebelum ia diperbetulkan oleh pihak Qantas.
“Sayangnya harga diskaun yang diberikan adalah satu kesilapan yang menguntungkan,” ujar kenyataan yang dikeluarkan syarikat penerbangan tersebut seperti dilaporkan CNN.
Pihak pengurusan juga mengatakan tidak akan membuat caj tambahan kepada penumpang yang telah mendapatkan harga diskaun tersebut.
Tahun lalu Qantas juga berdepan masalah apabila menjual tiket penerbangan secara berlebihan. Mereka dipercayai telah menjual sebanyak 8,000 yang telah dibatalkan sehingga membuat sekitar 86,000 penumpang kerugian.

BERITA TRENDING: #Travelmana: Diskaun Saudia Airlines, Pakej ‘Pergi Dahulu Bayar Kemudian' Antara Tawaran Menarik Di PAPUH Muslim Travel Fair 2024

BERITA TRENDING: “Tak Mintak Free. Tak Mintak Diskaun Pun. Class Act” - Pemilik Restoran Di London Puji Siti Bantu Promosi Kedai Secara Percuma

BERITA TRENDING: Tak Mahu Beratur Panjang Bayar Saman Trafik? Ini Cara Mudah Yang Anda Boleh Cuba!

BERITA TRENDING: ‘Support’ Bisnes Kawan – Bukan Harap 'FREE' Atau Diskaun. Tak Mampu Beli? Tolong Sebarkan, Itu Lebih Afdhal.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!