,
Berita

Syarikat Ini Tolak Gaji RM60 Jika Lewat 5 Minit Sampai Ke Tempat Kerja!

Ainun
19/07/2024
11:25 MYT
Seorang pekerja tempatan menyuarakan kekecewaan di media sosial terhadap sebuah syarikat yang mengenakan penalti sebanyak RM600 jika kakitangan lewat satu jam sampai ke tempat kerja.
Menerusi perkongsian akaun Facebook XUAN Play, jika seseorang itu lewat sampai ke tempat kerja berkenaan, denda yang bakal dikenakan berjumlah RM60 untuk tempoh lima minit, RM130 untuk 10 minit, RM250 untuk 30 minit dan RM600 untuk kelewatan satu jam.

Tiada gaji untuk lebih masa

Dalam pada itu, menurut individu berkenaan, para pekerja mengambil perhatian tentang perbezaan dalam cara hukuman yang dikenakan.
Mereka mendakwa ada yang didenda akibat kelewatan sampai ke pejabat, tetapi ada juga yang ‘dikecualikan’ daripada denda berkenaan.
“Rasanya saya dijadikan contoh untuk menghalang orang lain,” kongsi pekerja itu.
Bila pekerja itu membuat aduan kepada pihak pengurusan, tiada tindakan seterusnya dibuat daripada pihak atasan.
Tambahan pula, pekerja tersebut memaklumkan bahawa mereka diberikan tugasan yang memerlukan kerja lebih masa tetapi pihak atasan menjangka mereka akan tiba pada hari seterusnya tanpa menerima sebarang bayaran bekerja lebih masa.

“Walaupun saya bekerja lebih masa, saya masih perlu menepati masa keesokan harinya. Perkara yang paling teruk ialah tiada gaji lebih masa,” keluh mereka.

BERITA TRENDING:Hilang Arah Selepas Ditamatkan Perkhidmatan Di Stesen Radio, Fizie Pernah Terfikir Nak Akhiri Nyawa Sendiri - “Aku Hampir Terjun, Nasib Baik Allah Hantar…”

BERITA TRENDING: “Tiada Kenaikkan Gaji Untuk Penjawat Awam Malas, Ada Isu Disiplin” - Perdana Menteri

BERITA TRENDING: Dijanji Gaji RM15K Sebulan Di Taiwan, Lelaki Ini ‘Dilarikan’ Sindiket Pemerdagangan Manusia Ke Myanmar - “Masih Ada 7 Warga Malaysia…”

BERITA TRENDING: Gaji RM4,000 Tapi Pakai Honda Harga RM100,000, Pemuda Ini Akui Terbeban Hutang Bulanan

Walaupun mereka ingin meletak jawatan, pekerja itu teragak-agak untuk berhenti dari syarikat itu kerana mereka bimbang akan kehilangan manfaat dari syarikat tersebut.

Berhenti Bekerja

Ada juga segelintir netizen mencadangkan untuk mereka melaporkan syarikat itu kepada Jabatan Buruh kerana mewujudkan denda yang amat terkesan pada gaji pekerja. Sebaliknya, ada juga yang mendakwa mungkin rakan sekerja yang lain mempunyai kemahiran yang tiada ganti dan ada juga yang menyuruh pekerja itu untuk mencari peluang pekerja yang lain.Sumber: WeirdKaya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Viral

Pemilik Restoran Jual Ayam Goreng Kunyit RM20 Di Langkawi Didenda RM10,000

gempak
20/11/2024
14:30 MYT
Pemilik restoran yang pernah tular menjual menu ayam kunyit RM20 di Langkawi dijatuhi hukuman denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana gagal menyimpan rekod belian dan jualan produk masakan seperti dikehendaki Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Berita

Penjawat Awam Negeri Selangor Terima Bonus Dua Bulan Gaji

gempak
17/11/2024
10:30 MYT
Penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan gaji yang dibayar secara berperingkat.
Hiburan

Syarikat Stesen TV Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Tampil Beri Respons – “Kami Mempunyai Semua Bukti”

gempak
15/11/2024
04:05 MYT
Pelakon dan pengacara, AC Mizal tampil memberi respons dakwaan syarikat stesen televisyen miliknya mempunyai tunggakan bayaran gaji terhadap pekerja seperti yang heboh baru-baru ini.
Hiburan

Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

gempak
13/11/2024
20:55 MYT
Nama pelawak dan usahawan Shuib, kembali menjadi perbualan netizen selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Unitar