,
Hiburan

Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre Nama Anak Kedua Salima

Amri Hassan
20/08/2018
05:43 MYT
Bintang Akademi Fantasia 4, Salima Habibi menamakan bayi keduanya, Syarifah Nur Asmaa’ Aljoofre.
Selain berkongsi wajah anaknya, Salima turut menjelaskan sebab dan makna nama itu dipilih.
"Bayi kedua kali ini Mommy dapat greenlight untuk namakan anak ini dengan keredaan dan perbincangan dengn suami juga.
"Kalau dulu Syed Ahmad Rayyan dinamakan sempena nama guru kepada suami, kali ini nama yang dipilih ialah Syarifah Nur Asmaa’ binti Syed Abdul Kadir Aljoofre.
"Bersempena dengan nama sahabat zaman Rasulullah s.a.w iaitu Sayyidah Asma’ binti Sayyidina Abu Bakr Assiddiq.
"Moga Asmaa’ membesar sebagai hamba Allah yang taat pada Allah tidak kira waktu dan keadaan, mencintai nabi dalam bahagia dan duka, anak solehah, ahli syurga, pejuang agama, hidup dalam kemuliaan, pengakhiran husnul khatimah," tulisnya.
Bagaimanapun, Salima memaklumkan dia kini dimasukkan ke hospital sejak beberapa hari lalu atas masalah kesihatan selepas bersalin.
Salima telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada 11 Ogos lalu secara normal.
Penyanyi itu telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada Ustaz Syed Abd. Kadir Syed Hussin Aljoofre pada 30 November 2013.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai seorang anak lelaki yang berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Che Ta ‘Naik Hantu’ Anak Dihina Berpakaian Seperti Pelacur - “Surat Saman Bakal Menyusul, Saya Tuntut Video Permohonan Maaf!”

gempak
20/09/2024
04:58 MYT
Pelakon, Rozita Che Wan membuat laporan polis selepas ada individu bertindak meninggalkan komen jelik terhadap anaknya, Aaisyah Dhia Rana termasuk menyamakan kanak-kanak itu berpakaian seperti seorang pelacur.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.