,
Laman Utama

“Syamsul Adalah Aset, Saya Harap Dia Kembali Ke Skop Productions” - Yusof Haslam

Shahrin Zulkifle
04/02/2023
09:00 MYT

Pengarah dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam mengesahkan filem terbaharu yang sedang menjalani penggambaran arahan anaknya iaitu Syamsul Yusuf tidak lagi diterbitkan melalui Skop Production.

Kata, Yusof, 68, Syamsul telah membawa haluan sendiri dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah rumah produksi miliknya sendiri, Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor's Edge Pictures.

Pun begitu, Yusof tetap mendoakan kejayaan Syamsul selain berharap suatu hari nanti anaknya itu akan kembali semula kepada Skop Production.

“Filem terbaharu Syamsul tidak diterbitkan di bawah Skop Productions. Jika itu pilihan dia, terserahlah. Sebagai bapa saya tetap mendoakan kejayaan filem-filem yang dihasilkannya.

“Syamsul adalah aset. Saya berharap agar suatu hari nanti Syamsul kembali ke Skop Productions, tempat di mana dia bertapak dahulu dan juga tempat di mana bapanya berjuang selama bertahun-tahun terdahulu sampai ke tahap ini.

“Saya percaya Syamsul mungkin tertekan. Tiada niat saya untuk melihat anak saya jatuh,” kata Yusof kepada Gempak.

Ditanya adakah perasaannya masih terkilan dengan tindakan Syamsul yang berkahwin dua tanpa pengetahuan keluarga, Yusof menjawab sebagai bapa dia hanya mahu yang terbaik buat anak dan menantunya, Puteri Sarah.

“Kalau saya marah, ia hanyalah di mulut. Tapi di hati lain. Sebagai bapa, memang saya akan menitiskan air mata apabila bercakap tentang anak.

“Saya tidak mahu cakap tentang pulang. Cukuplah saya berharap yang terbaik untuk Syamsul, Puteri Sarah juga buat cucu-cucu saya. Biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal terjadi di masa depan,” tambahnya.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Puteri Sarah Anggap Pentas Muzikal Lawak Superstar 4 Seperti ‘Fear Factor’ - “Kita Nak Cuba Cabar Diri Untuk…”

gempak
18/09/2024
08:55 MYT
Buat pertama kali, pelakon Puteri Sarah Liyana menyertai program realiti lawak, Muzikal Lawak Superstar 4 bersama kumpulan Gebu yang turut dianggotai pelawak Mamak Puteh dan Ilham Abata.
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
muzikal-lawak-superstar-4

MLS4: Bawa Sentuhan ‘Magika’, Muzikal Lawak Superstar 4 Tampil Dengan Kombinasi Pempengaruh, Pelakon & Pelawak!

gempak
11/09/2024
07:00 MYT
Astro kembali menggabungkan pelakon, pelawak, penyanyi dan pempengaruh di atas pentas komedi muzikal menerusi musim terbaharu ‘Muzikal Lawak Superstar 4’.