Laman Utama
Syak Isteri Usia 70 Tahun Curang, Warga Emas Buang Ke Sungai Hingga Lemas
Seorang lelaki warga emas yang sudah berusia 73 tahun membunuh isterinya, Sri Juanah hanya kerana mengesyaki wanita tersebut berlaku curang kepadanya.
Ironi, wanita malang tersebut sudah berusia 70 tahun. Warga emas tersebut, Santoso yang telah ditangkap pihak berkuasa Jawa Timur, Indonesia kemudian menceritakan kronologi perbuatan kejamnya itu.
Menurut Santoso mereka bertengkar selepas isterinya selesai solat Subuh pada 7 November lalu.
Kerana bergaduh mulut dan rasa sakit hati, dia lalu memukul wanita itu dengan besi. Sewaktu isterinya masih dalam keadaan lemah, Santoso membawa wanita itu menaiki alat pembawa barang sebelum dibuang ke sungai.
Santoso juga mengaku isterinya masih hidup sewaktu dibuang ke sungai sebelum mati lemas.
“Kami bertengkar dia meninggikan suara dan saya pukul dengan besi. Sewaktu dia masih lemah, saya bawa ke sungai.
“Saya buang dia ke sungai sewaktu masih hidup. Saya sakit hati dia curang tapi tidak mengaku,” ujarnya seperti dilaporkan Detik.com
Must-Watch Video