,
Laman Utama

Syafiq Kyle Jadikan Pengalaman Kena Scammed Sebagai Inspirasi Bawa Watak ‘Pencuri’ Dalam One Cent Thief

Izwan Isa
06/04/2022
07:50 MYT
Pelakon berbakat besar, Syafiq Kyle berkongsi sedikit pengalaman menjayakan watak Iman Syah menerusi drama terbaharu yang dibintanginya iaitu One Cent Thief.
Menariknya, drama tersebut merupakan drama yang diinspirasikan daripada kejadian sebenar dan merupakan antara drama yang paling mencabar pernah dijayakan oleh Syafiq sepanjang bergelar anak seni.
“Saya tidak boleh berkongsi banyak tentang cerita ini, tetapi apa yang boleh saya katakan, One Cent Thief merupakan sebuah karya lapan episod yang diinspirasikan daripada peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia.
“Saya memegang watak Iman Syah dan cerita ini boleh dianggap sebagai sebuah cerita yang berat dan memerlukan saya melakukan aksi hampir separuh daripada jalan ceritanya,” kongsi Syafiq kepada Gempak.
Diinspirasi daripada kes jenayah yang melibatkan Aman Syah, seorang eksekutif bank yang mencuri satu sen daripada setiap akaun pelanggan suatu ketika dahulu, Syafiq berkata, dia memerlukan banyak kajian terhadap watak yang dibawakan itu.
“Saya akui, banyak perkara yang saya kaji dan study untuk watak ini. Sebab ia merupakan kisah yang pernah berlaku, jadi saya mahu betul-betul memahami sebelum saya membawakan watak berkenaan.
“Selain study watak, pengalaman menjadi mangsa scam suatu ketika dahulu juga banyak memberikan pengajaran kepada saya untuk mengetahui bagaimana seseorang menipu atau mencuri wang seseorang,” katanya lagi.
Drama bersiri One Cent Thief ini bakal menemui penonton tidak lama lagi menerusi slot Astro Originals.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Curi Duit Nenek, Lelaki Tergamak Belasah & Bakar Tangan Anak Saudara Sebagai Pengajaran

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan telah didera oleh seorang lelaki.
Viral

Menyamar Jadi Rakyat Palestin Untuk Minta Derma, Netizen Bengang Dengan Sikap Warga Asing - "Senang-Senang Je!"

gempak
10/09/2024
09:55 MYT
Di saat rakyat Palestin teruk dibedil oleh rejim Zionis di negara sendiri, ada pula sesetengah pihak yang mahu mengambil kesempatan terhadap isu tersebut.
Hollywood

Wanita Dakwa Dapat Telepati Dari Kanye West Curi Kereta, Netizen: “Kami Percaya”

gempak
01/09/2024
14:00 MYT
Seorang wanita dari Kentucky ditangkap sewaktu mencuri beberapa kenderaan di kawasan North Main Street.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.