HIBURAN
Sweet Qismina & Adam Lee Pernah Menangis Bersama, Tertekan Mahukan Cahaya Mata - “Terfikir Kenapa Kami Tak Dapat…”
Pelakon Sweet Qismina mengakui dia dan suami, Adam Lee pernah bersedih gara-gara tertekan apabila hasrat mereka untuk menimang cahaya masih belum kesampaian.
Kongsi Sweet atau nama lengkapnya Farhanna Qismina Supandi, 28, situasi tersebut berlaku pada fasa awal perkahwinan mereka.
“Tahun pertama kami sangat tertekan, bulan pertama tu kami sampai tahap menangis sama-sama. Sebab nak sangat (anak).
“Macam-macam berada di dalam fikiran, kami juga seorang yang suka budak jadi bila pegang baby macam terfikir kenapa kami tak dapat.
“Kawan-kawan saya juga ada yang dah dapat baby, jadi kami rasa ada tertekan juga,” ujarnya.
Berlapang dada
Bagaimanapun, pelakon filem Babah itu kini memilih untuk berlapang dada dan percaya dengan rezeki Tuhan.
“Tahun kedua kami rasa mahu ingin menjalani sahaja kehidupan, untuk tahun ini kami mahu fokus balik.
“Sekarang ini, kami terima dengan hati terbuka, tak terfikir dah kerana rezeki ini Allah datang dengan pelbagai cara.
Dalam pada itu, Sweet juga menasihatkan orang ramai supaya menjaga tutur kata ketika berkomunikasi dengan wanita yang berdepan dengan kesukaran untuk hamil dan sedang berusaha (TTC).
“Seseorang akan rasa stres bila ada orang sekeliling yang triggered, tapi saya bersyukur keluarga kami menghormati dan mendoakan yang terbaik. Jadi perkara itu membuatkan kami lebih kuat semangat untuk hadapi semua.
“Buat orang ramai di luar sana yang ada keluarga terdekat yang menghadapi situasi sama tolong jaga kata-kata itu kerana kita tak tahu apa yang mereka hadapi.
“Saya doakan juga buat mereka yang berada dalam situasi yang sama seperti saya, kita cuba yang terbaik dan percaya dengan Allah punya rezeki,” tambahnya lagi.
Sekadar info, Adam dan Sweet mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022.
ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Lapar Hanya Minum Susu, Makan Epal & Sebiji Telur” - Sweet Qismina Kurus Bukan Sebab Bariatrik Tapi Amalkan Liquid Diet
ARTIKEL BERKAITAN: Tulang Leher Adam Lee Patah, Ingat Pesan Ibu Untuk Terus Kuat - “Ini Bukan Lakonan, Ini Kejadian Sebenar”
Must-Watch Video