,
Gaya Hidup

"Sweet Pun Tak Larat. Balik Hotel Terus 'Pengsan'" - Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Mendaki Gua Hira

Badrul Hashim
21/03/2020
03:23 MYT
Pelakon jelita Sweet Qismina atau nama sebenarnya Farhanna Qismina cukup seronok berkongsi pelbagai pengalaman ketika dia mengerjakan umrah, Januari lalu.
Pengalaman-pengalaman tersebut dikongsikan di laman Instagram miliknya. Terbaru, Sweet berkongsi kisah dia mendaki Gua Hira.
"Perasan tak I bergambar kat mana ni? Siapa sangka budak kecik ni dapat mendaki sampai 600 anak tangga!
"Bayangkan kalau Batu Caves ada 272 anak tangga, ini kali tiga! Tak sia-sia tau," cerita Sweet tentang pengalaman indah tersebut.
Menurut sejarah yang dikongsi Sweet, Gua Hira inilah tempat Rasulullah SAW duduk untuk bermunajat dan berzikir.
"Dari atas ni baginda SAW boleh nampak seluruh pemandangan kota Mekah, dan dari atas ni juga Baginda SAW dapat melihat gelagat penduduk kota Mekah.
"Baginda SAW dulu memang selalu duduk sorang untuk tenangkan hati dan fikiran. Tapi bayangkanlah Baginda SAW berumur 40+ masih kuat naik ke atas ni, dan isteri Baginda SAW pun if nak hantar makan minum pun larat untuk naik. Kita belum tentu kuat," cerita Sweet.
Tambah Sweet, dia sendiri tidak kuat untuk mendaki Gua Hira apatah lagi dengan perubahan cuaca.
"Even sweet pun tak larat. Nak naik tu dari sejuk cuaca terus panas la. Nasib kat atas berangin, nasib bawak baju sejuk jugak Balik hotel terus pengsan.
Kalau tak salah, disini Rasul SAW ada menerima wahyu. Ada sesiapa tahu?" tanya Sweet.

Perasan tak I bergambar kat mana ni? ? Who would have thought, budak kecik ni managed to climb up to around 600 anak tangga ( bayangkan kalau batu caves 272 anak tangga, ni kali 3 ! ) ? Tak sia sia tau. A little story : Gua Hira ❤️ Inilah tempat rasul akan duduk untuk bermunajat & berzikir. Dari atas ni baginda boleh nampak the whole view of Mekah, dan dari atas ni juga dia dapat melihat gelagat penduduk kota Mekah. Baginda dulu memang selalu duduk sorang untuk tenangkan hati & fikiran. Tapi bayangkanlah baginda berumur 40+ masih kuat naik ke atas ni, dan isteri beliau pun if nak hantar makan minum pun larat untuk naik...Kita belum tentu kuat. Even sweet pun tak larat. Nak naik tu dari sejuk cuaca terus panas la. Nasib kat atas berangin ( nasib bawak baju sejuk jugak ? ) Balik hotel terus pengsan. ? If tak salah, disini Rasul SAW ada menerima wahyu. Ada sesiapa tahu? @universaltraveller_my #utmoment #keepitwarm #universaltraveller

A post shared by ? فرهنا قيسمينا سوڤندي ? (@sweetqismina) on

Sedikit perkongsian, Gua Hira ialah sebuah gua yang terletak kira-kira 3 kilometer dari Makkah, di atas sebuah gunung bernama Jabal al-Nour.
Gua ini terkenal sebagai tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah SWT melalui Malaikat Jibril.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Umrah & Muslim Travel Fair Anjuran PAPUH Mesra Muslim, Bebas Risiko - "Kami Hanya Benarkan Agensi Punya Lesen Penuh"

gempak
05/09/2024
17:05 MYT
Setiap masa, pasti akan ada sahaja rungutan dan insiden individu ditipu daripada agensi umrah dan pelancongan. Hal itu mendorong Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) menganjurkan Umrah & Muslim Travel Fair 2024.
Hiburan

Rebecca Nur Al Islam Sebak Doa Agar Hujan Lebat Ketika Tawaf Dimakbulkan - “Macam Tak Percaya, Tiba-Tiba Saja…”

gempak
03/09/2024
09:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca atau nama sebenarnya Rebecca Nur A Islam berkongsi rakaman video yang memaparkan hujan lebat di Masjidil Haram.
Berita

Pasukan Penyelamat Kongsi Pengalaman Cari Mangsa Jerlus

gempak
25/08/2024
06:33 MYT
"Masa turun ke bawah lubang... memang takut, tapi ini memang tugas anggota bomba, kena lawan perasaan takut dan berserah kepada-Nya."
Hiburan

Siap Bersilat Satu Bilik, Pegang Keris ‘Ghaib’, Janna Nick Kongsi Semula Momen Ashraf Muslim Buang Sakanya - “Saya Tak Percaya..”

gempak
24/08/2024
05:55 MYT
Pelakon, Janna Nick tampil menceritakan semula momen mistik yang dialami dirinya sewaktu ketika dahulu.
Sukan

Olimpik Paris 2024: "Saya Dah Janji Bawa Ibu Bapa Pergi Umrah" - Shah Firdaus

gempak
11/08/2024
18:48 MYT
"Saya dah janji nak bawa ibu bapa pergi Umrah," kata pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom, yang terkilan tidak dapat membawa pulang pingat buat Malaysia dari Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun peluang itu sudah berada di depan matanya.