Hiburan
Sweet! Aksi Spontan Lisa Surihani Berlari Lap Peluh Yusry Buat Ramai Cair – “Beruntungnya, Semoga Sampai Ke Jannah”
Aktres Lisa Surihani mencuri tumpuan ramai di media sosial, baru-baru ini.
Sweetnya Lisa
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), tular sebuah rakaman video yang dimuat naik akaun Meletop yang memaparkan Lisa bersama suami tercinta, Datuk Yusry Abdul Halim.
Dalam video berdurasi pendek itu, kelihatan Yusry bersama adik-beradiknya iaitu Datuk Norman Abdul Halim dan Edry Abdul Halim sedang bergambar bersama peminat.
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, ketika kumpulan KRU itu sedang bergambar bersama peminat, tiba-tiba muncul sosok seorang wanita yang berlari ke arah Yusry dan mengelap peluh bapa kepada tiga orang cahaya mata itu.
Usai mengelap peluh, wanita itu berlari semula le bahagian tepi agar tidak menghalang sesi bergambar itu.
Lebih mengejutkan, sosok wanita tersebut rupa-rupanya isteri kepada Yusry sendiri iaitu Lisa Surihani.
Ramai 'Melting'
Ternyata, aksi spontan pelakon Istanbul Aku Datang itu mencuit hati ramai sekaligus menyifatkan Lisa seorang yang ‘sweet’.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
“Siapa tengok sambil senyum sendiri kita geng,” komen netizen.
“Makin hari makin bertambah sayang Yusry kat Lisa Surihani… kita tgok pun melting salting,” tulis netizen.
“Pasangan sesuai dari dulu lagi memang saya peminat tegar abang Yusri kru dari tak popular jadi popular sehingga kahwin dengan Lisa,” komen seorang peminat.
“Datin Lisa kan dah laa beauty with brain, solehah, subhanallah how lucky Datuk Yusry. Everlasting love for both,” komen netizen.
“Biasa isteri akan layan pasangan dengan baik bila diri sendiri pun dapat layanan yang baik juga dari pasangannya,” komen netizen lain.
“Kenapa aku rasa Yusry beruntung, tengok penghijrahan Lisa. Lovingnya Lisa, alahai semoga sampai ke Jannah,” puji netizen lagi.
Untuk info, Yusry dan Lisa mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
BACA JUGA: Lisa Surihani Kongsi Foto Bersama Suami & Anak-Anak, Peminat Puji – “Natural Beauty, Anak-Anak Pun Comel”
BACA JUGA: "Boleh Saya Ajar Anak-Anak Kepentingan Pengurusan Kewangan & Melindungi Planet Kita" - Lisa Surihani
Must-Watch Video