,
Berita

Suspek Larikan Kereta Di Stesen Minyak Ditahan Di Bentong

Gempak
05/06/2024
07:56 MYT
Lelaki yang melarikan sebuah kereta Honda City di sebuah stesen minyak di Semambu, di sini, pada Isnin berjaya ditahan di Bentong.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu pesanan secara ringkas pada Rabu.

Berita Trending: Termakan Daging Babi Tak Sengaja, Apa Hukumnya & Apa Perlu Buat?

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai penahanan tersebut.
"Ya, suspek telah ditahan di Bentong, kereta itu sudah ditemui," katanya.

Berita Trending: Pelakon Dan Penyair Pyanhabib Meninggal Dunia, Fahmi Fadzil Ucap Takziah - "Kali…

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dijadualkan mengadakan sidang media berhubung kes itu di Ibu Pejabat Polis Bentong pada Rabu.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.10 petang, Isnin, warga emas berusia 68 tahun itu bersama anak dan suaminya menaiki kereta singgah di stesen minyak.2

Berita Trending: Ayda Jebat Sedih Tak Dapat Tidur Dengan Anak - “Saya Punya Latihan Balik…

Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas itu berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Ketika itu, suami warga emas itu berada di tandas di stesen minyak itu.
Mangsa ditinggalkan kira-kira 400 meter dari stesen minyak itu tanpa kecederaan, manakala suspek terbabit terus melarikan kereta berkenaan.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian awam apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat memaparkan kejadian tersebut dikongsi menerusi aplikasi WhatsApp.
Sumber: Sinar Harian

Berita Trending: Dikerumun Ramai, Wanita Disyaki Mabuk ‘Dibuli’ Lepas Kamalangan!…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

[VIDEO] Lelaki Tendang & Ludah Pada Kereta Tesla Tanpa Sebab, Owner Tampil Dedah Bukti Dashcam

gempak
11/09/2024
01:55 MYT
Tular di media sosial kini sebuah rakaman video yang memaparkan sebuah kereta ditendang dan diludah oleh seorang individu di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur.
Berita

Bayi 30 Hari Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

gempak
10/09/2024
18:55 MYT
Seorang bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia di sebuah pusat jagaan berpantang, di Kota Bharu, pada Isnin.
Berita

Ibu Didenda RM700, Benarkan Anak 10 Tahun Pandu Kereta

gempak
09/09/2024
09:55 MYT
Padah membenarkan anak berusia 10 tahun memandu kereta, seorang wanita didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret Trafik Seremban pada Isnin.
Laman Utama

Guru Direman Kes Amang Seksual Murid Lelaki 12 Tahun

gempak
09/09/2024
02:25 MYT
Seorang guru di sebuah sekolah di sini direman tujuh hari hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki berusia 12 tahun sejak Mac hingga Ogos lepas.
Hiburan

Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

gempak
05/09/2024
09:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh media sosial, As’ad Motawh sekali lagi menarik perhatian ramai susulan perkongsiannya di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.