,
Gaya Hidup

Supervillain Black Panther 2...Marvel Mahu Henry Golding Bawa Watak Namor?

Hanafis Haris
02/08/2019
03:50 MYT
Biarpun sekuel kedua Black Panther tidak disenaraikan dalam fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU), namun desas desus mengenai siapakah pemegang watak ‘supervillain’ filem terbabit telah mula diperkatakan.
Semuanya gara-gara dakwaan mengatakan bintang kelahiran Malaysia, Henry Golding akan membawa watak dikenali sebagai Namor dalam Black Panther 2.
Malah, khabar angin ini telah mula tular di media sosial khususnya di Twitter. Pada yang tidak tahu, Namor merupakan sejenis hybrid antara manusia dan hidupan laut yang berasal dari Atlantis.
Disebabkan itu keupayaannya tertumpu di lautan, Namor sering dibandingkan dengan watak Aquaman dari DC Comics.
Malah, jika anda masih ingat dalam filem Avengers: End Game, pembantu Black Panther iaitu Okeye pernah memberitahu Black Widow berhubung satu gegaran dikesan di perairan berhampiran pantai Wakanda.
Babak ini menjadi petunjuk penting berhubung teori kemunculan Namor dalam filem terbaru MCU.
Biarpun dakwaan Henry memegang watak Namor ini masih belum disahkan sendiri oleh pihak Marvel, namun sumber yang mengeluarkan laporan ini adalah pihak sama yang mendedahkan Robert Pattinson akan memegang watak Batman.
Oleh itu, keberangkalian untuk bintang Crazy Rich Asians ini membawa watak dalam filem Marvel agak tinggi.
Sebagai rakyat Malaysia, pastinya berita baik ini satu perkara yang menggembirakan bukan?
Tambah lagi selepas harapan menyaksikan pelakon Raja Ilya membintangi filem produksi Hollywood berkecai apabila pelakon itu terpaksa menolak tawaran untuk berlakon dalam sebuah filem Marvel.
Untuk rekod, antara filem terbitan Marvel yang bakal menemui penonton dalam tempoh dua tahun akan datang ialah Black Widow, The Eternals, Thor 4: Love and Thunder dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.
BACA: Siap Sedia, Perjalanan Marvel Fasa 4 Kini Bermula!
Sumber: Wegotthiscovered
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Malaysia Mendunia! Kuala Lumpur Jadi Lokasi Penggambaran Filem Marvel Thunderbolts

gempak
28/06/2024
08:07 MYT
Negara Malaysia dikatakan terpilih menjadi lokasi filem adiwira terbaharu Marvel, Thunderbolts.
Laman Utama

#AstroGoMovies: Jom Tonton Filem Everything Everywhere All At Once Lakonan Michelle Yeoh & Pemenang Oscar 2023 Sekarang!

gempak
17/03/2023
15:00 MYT
Jom layan filem best sekarang
Laman Utama

Deepika Padukone Mahu Watak Wonder Women

gempak
20/02/2023
13:56 MYT
Deepika mengaku dirinya mendambakan watak Wonder Woman.
Laman Utama

6 Tahun Tanpa Karya, Rihanna Buat Soundtrack Black Panther: Wakanda Forever

gempak
27/10/2022
16:41 MYT
Ucapkan terima kasih kepada sekuel Black Panther
Laman Utama

Siapakah Morbius? Ketahui Fakta-Fakta Menarik Tentang Superhero Ini

gempak
27/05/2022
08:03 MYT
Morbius dilakonkan oleh pelakon hebat Jared Leto