,
Laman Utama

Suntik Vaksin Pertama Bersama Jokowi, Raffi Ahmad Terima Kecaman Kerana Terus Berparti

Azwa Rahman
14/01/2021
04:43 MYT
Selebriti Indonesia terkenal Raffi Ahmad menerima kecaman daripada wargamaya kerana didakwa terus berparti sebaik sahaja menerima vaksin COVID-19 yang pertama pada Rabu.
Menerusi laman sosial Twitter, dia ditegur oleh pelakon Sherina Munaf atas kelakuannya yang tidak mematuhi protokol kesihatan yang telah ditetapkan.
“Halo Raffi Ahmad, setelah divaksin bukan berarti boleh berpeleseran ramai-ramai. Anda dipilih untuk diberikan vaksin awal kerana followers banyak. Dengan alasan yang sama, tolong berikutnya konsisten beri contoh yang baik. Please you can do better than this. Your followers are counting on you,” tulis Sherina menerusi satu ciapan.
Pada Selasa, Raffi Ahmad terpilih mewakili golongan muda menerima vaksin COVID-19 yang pertama bersama Presiden Indonesia, Joko Widodo bertempat di Istana Presiden.
Menerusi satu foto yang tular di media sosial, Raffie dilihat bersama selebriti terkenal Indonesia Anya Geraldine, atlet Sean Galael serta beberapa sosialit lain.
Meninjau ke ruangan komen, tindakan Raffi yang keluar berhibur itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya Indonesia.
Justeru dia mau bagitau ke rakyat kalo udah divaksin, new norma sudah selesai, sekarang kembali ke normal,” kata seorang wargamaya.
“Sebenernya ini harusnya privasi, kerana pasti banyak mengundang tanya kenapa pada tak pakai protokol kesihatan, padahal Corona masih menyebar, padahal ini sebenarnya sebelum masuk mereka sudah di test dulu tapi macam mana lagi malah posting IG Storynya mengundang kecaman,” cadang seseorang wargamaya.
Sekelas anda tidak bolehkah bertanya ke Raffi dulu perihal foto tersebut, bukannya langsung post di media sosial seolah-oleh Raffi salah sangat,” kata seseorang wargamaya.
Kenapa tak WhatsApp Raffi Ahmad langsung? Kenapa harus dipublish begini? Biar bijaknya tak sia-sia mbak. Saya akui Raffi Ahmad salah, kenapa tak ditegur langsung aja?” tanya seseorang wargamaya.
Raffi Ahmad habis disuntik vaksin langsung party-party tidak diserbu polis. Pedagang Kaki Lima baru jualan 3 jam aja sudah disuruh tutup sama polis. Nasib dan Takdir ibarat dua sisi mata wang,” luah seorang wargamaya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nagita Slavina Menangis Tinggal Anak 17 Hari Untuk Ke Tanah Suci

gempak
09/06/2024
11:55 MYT
Isteri kepada hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad, Nagita Slavina menangis gara-gara perlu berjauhan bersama anaknya selama 17 hari bagi menunaikan ibadah haji ke tanah suci.
Hiburan

Sedar Diri, Raffi Ahmad Banyak Solat Taubat Sebelum Tunai Haji

gempak
08/06/2024
14:52 MYT
Raffi Ahmad bersama isteri, Nagita Slavina dan beberapa ahli keluarga kini dalam perjalanan menuju Mekah untuk mengerjakan haji.
Hiburan

Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”

gempak
18/04/2024
23:28 MYT
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Hiburan

Raffi Ahmad Minta Bukti Terbabit Penggubahan Wang Haram Kerana Terlalu Kaya

gempak
03/02/2024
06:31 MYT
Nama selebriti terkenal Indonesia, Raffi Ahmad sedang hangat menjadi bualan selepas didakwa terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram.
Laman Utama

Raffi Ahmad Ditahan Imigresen Kerana Bawa Terlalu Banyak Wang Tunai

gempak
09/11/2023
15:00 MYT
Raffi Ahmad menceritakan pengalamannya ‘tersangkut’ di imigresen