,
Laman Utama

Suka Pergi Sekolah, Mawar Rashid Terhibur Aksi Anak Tak Mahu Balik Rumah - “So Proud Of You My Son”

Azwa Rahman
21/09/2021
13:45 MYT
Aktres jelita Mawar Rashid memaklumlan anak lelakinya Raden Muhammad Rafael, 2, gemar pergi ke sekolah biar pun baru hari kedua menjalani sesi persekolahan.
Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, anaknya sangat teruja untuk pergi ke sekolah sehingga tidak mahu balik ke rumah.
Menerusi laman sosial Instagram, Mawar berkongsi momen-momen comel Rafael sewaktu diambil dari sekolah petang semalam dan Kemudian menghantarnya ke sekolah pada pagi tadi.
“Rafael sangat look forward nak pergi sekolah. I cannot lah Rafael ni, excited nak pergi dan tak nak balik pulak tu.
“Dah la Mawar hantar full day tau. 8.30 pagi sampai 5.30 petang. Tapi semalam first day of school Mawar ambil pukul 4.30 petang sebab teacher suggest cause mostly budak nangis nak balik, tapi Rafael ni lain.
“Dia pulak yang tak nak balik semalam hahahaha. Today i akan ambil pukul 5.30 petang, nak tengok Rafael okay ke tak,” tulis Mawar di ruangan IG story miliknya.
Malah, isteri kepada Raf Yaakob ini turut berbangga dengan keletah anaknya kerana ini membuatkan dia boleh bekerja dengan perasaan berlapang dada.
“Mommy bukan main risau takut Rafael nangis kat school. Rupanya dia yang tak sabar nak pegi school. Boring kat rumah kot takde orang main dengan dia, mommy daddy busy cari rezeki.
Thank you Rafael buat mommy rasa tenang hati pergi kerja. So proud of you my son,” tulis Mawar lagi.
Sekadar info, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada November 2017.
Pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta yang kini berusia lapan bulan.
Raf juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rayyan, 10, dan Raysaa, 5 tahun, hasil perkahwinan terdahulu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawar Rashid Kongsi Video Tidurkan Anak, Netizen Pula Salahkan Bekas Suami

gempak
04/08/2024
03:00 MYT
Pelakon Mawar Rashid baru-baru ini memuat naik hantaran memaparkan cabaran dirinya membesarkan anak-anak setelah bergelar ibu tunggal.
Hiburan

Ini Sebab Kenapa Mawar Rashid Hampir Hilangkan Diri Selepas Cerai

gempak
26/07/2024
08:55 MYT
Pelakon Mawar Rashid pernah hampir terfikir untuk menghilangkan diri daripada industri seni tanah air ketika melalui fasa sukar dalam hidupnya sebelum ini.
Hiburan

Tak Mahu Ulas Tentang Isu Rumah Tangga, Mawar Rashid Mahu Fokus Besarkan Anak

gempak
21/07/2024
23:58 MYT
Pelakon Mawar Rashid, 29, tidak mahu membahaskan mengenai bekas suami, Raf Yaakob, 39, selepas berpisah pada November tahun lalu kerana bimbang timbul salah faham antara mereka berdua.
Terkini

Fazley Yaakob Jawab Dakwaan Raf Dah Ada Pengganti Baru - "Saya Rasa Betul Lah.."

gempak
27/03/2024
07:00 MYT
Penyanyi dan cef selebriti Dato Fazley Yaakob menjawab dakwaan mengenai adiknya, Raf Yaakob yang dikatakan sudah mempunyai pengganti baharu selepas baru sahaja setahun bercerai dengan bekas isterinya, pelakon Mawar Rashid.
Hiburan

Mawar Rashid Jawab Dakwaan Kahwini Jejaka Dari Brunei!

gempak
10/03/2024
02:05 MYT
Mawar berkongsi gambar memakai inai, di Instagram pada Sabtu.