gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
SUKAN
Terbuka Indonesia: Pemain Badminton Negara Kena 'Boo' Di Istora Senayan
VIRAL
Lembu Terkorban Sebelum Sempat Dibuat Korban
HIBURAN
Rakan Dedah Sisi Sebenar Fatin Afeefa, Dilabel Sebagai Isteri Taat Pada Suami - “Korang Pernah Dengar Dia menyanyi Lagi? Berlakon?”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Sah Bergelar Suami Isteri

gempak
Ainun Md Zooki
02/05/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Sufian Suhaimi & Rania Al Sadat Sah Bergelar Suami Isteri

Penyanyi Sufian Suhaimi telah selamat melangsungkan pernikahannya dengan wanita pilihan iaitu Rania Al Sadat pada sekitar jam 9.30 pagi, Jumaat.

Difahamkan pasangan itu mengadakan majlis pernikahan mereka di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Dalam majlis pernikahan tersebut, Sufian menyerahkan mas kahwin berupa satu dinar emas bersama tiga dulang hantaran berbalas lima, termasuk sebentuk cincin dan gelang kepada pengantin perempuan.
Menurut Sufian, majlis resepsi akan diadakan secara sederhana dan tertutup dalam kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, bertempat di ibu kota dengan jumlah jemputan yang terhad.Sempena tarikh bahagia ini, pelantun lagu Terakhir itu turut turut mempersembahkan sebuah karya istimewa buat para peminatnya menerusi lagu berjudul Saksi, hasil ciptaan Sirkhan, NamjaN dan Rinkarnaen.
Katanya, lagu ini membawa naratif kisah cinta pasangan ini, dan turut disertakan dengan muzik video eksklusif yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Sufian bermula jam 2 petang nanti.

Menariknya, Rania turut membuat penampilan khas dalam muzik video tersebut sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka yang kini telah menemui pelabuhan bahagia.

Meskipun bergelar suami isteri, pasangan ini menegaskan mereka akan terus komited terhadap kerjaya masing-masing. Sufian kini sedang giat menyiapkan album sulungnya yang dijangka dilancarkan pada penghujung tahun ini.

@sufiansuhaimi__
♬ Saksi - Verse - Sufian Suhaimi
Terdahulu, awal Januari lalu, Sufian memuat naik foto bersama Rania dalam media sosial dan meletakkan emoji hati.
Hantaran tersebut sekali gus menguatkan spekulasi bahawa kasih mereka kembali bertaut selepas dikatakan berpisah pada April 2023.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Sufian Suhaimi
#Suami
#Sah
#Rania Al Sadat
#bergelar
Must-Watch Video