,
Hiburan

“Sudah Pasti Ada Lagu Hit Westlife Kegemaran Ramai” – Shane Filan

Mya Amri
05/08/2019
10:01 MYT
Anggota kumpulan Westlife, Shane Filan akui bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka di konsert yang akan berlangsung pada Khamis dan Jumaat ini.
Menurut Shane, mereka akan menyanyikan lebih kurang 20 buah lagu pada malam tersebut.
“Kami amat bertuah kerana mempunyai lagu-lagu hit dan sudah pasti beberapa lagu yang menjadi kegemaran ramai akan termasuk dalam senarai persembahan kami.
“Kami tidak mahu membuat persembahan dengan lagu yang peminat kurang kenal jadi kami akan memasukkan lebih kurang dua atau tiga lagu baru dan selebihnya adalah lagu hit,” katanya ketika ditemu bual Gempak.
Mengulas mengenai konsert, Shane akui terharu dengan sambutan peminat di Malaysia.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong Westlife selama ini termasuklah kemunculan semula kami.
“Saya saya terharu melihat betapa sayangnya anda semua terhadap Westlife. Secara jujurnya kami juga tidak sabar untuk membuat persembahan.
“Konsert ini bakal menjadi konsert terbaik Westlife yang akan anda saksikan. Ini janji saya kepada anda,” ujarnya.
Terdahulu, Westlife yang dianggotai Shane Filan, Nicky Byrne, Kian Egan, dan Mark Feehily bakal hadir ke negara ini untuk Westlife The Twenty Tour Live in Kuala Lumpur bertempat di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam pada 8 dan 9 Ogos ini.
Lebih 14,700 tiket konsert terjual dalam tempoh 32 jam selepas pra-penjualan tiket dibuka pada 13 April lalu.
Antara lagu hit kumpulan yang popular pada penghujung 1990-an dan awal 2000 itu termasuklah Flying Without Wings, If I Let You Go, My Love, World of Our Own, Queen of My Heart, Uptown Girl, I Have A Dream dan Swear It Again.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.