,
Berita

Sudah Jalani Imbasan MRI & Ultrasound Namun Belum Ada Laporan Masalah Kesihatan Ustaz Kazim Elias

Fiza Kamarudin
12/05/2020
08:43 MYT
Pegawai Khas kepada Datuk Mohammad Kazim bin Elias memuat naik perkembangan terkini mengenai kesihatan penceramah bebas tersebut.
Jasmin Matan menerusi sebuah posting di akaun rasmi Facebook (FB) Kazim Elias memberitahu, penceramah dan pakar motivasi tersebut sudah menjalani imbasan MRI dan ultrasound sejak dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu.
Bagaimanapun masih belum ada laporan rasmi daripada pakar perubatan mengenai tahap kesihatan Kazim Elias. “Beliau telah menjalani imbasan MRI dan ultrasound sebaik sahaja dimasukkan ke hospital.
“Setakat ini tiada lagi laporan drp pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yg dihadapi oleh Dato’,” tulis Jasmin.
Dalam pada itu, Jasmin mewakili Kazim Elias dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesembuhan dan mengambil berat tentang kesihatan beliau.
“Saya mewakili Dato’ dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Dato.
“Terima kasih juga kepada pihak media yang sentiasa mengambil maklum perkembangan Dato,” katanya. Menerusi kemas kini tersebut juga Jasmin memberitahu penceramah itu dibawa ke unit kecemasan sebuah hospital di Ipoh untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami masalah tidak boleh tidur.
“Dato’ telah dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.
“Sebelum ini, beliau menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan. Dan sejak dua minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.
“Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau,” katanya.
Pada 10 Mei lalu, Kazim Elias sempat memuat naik mengenai tahap kesihatannya yang semakin merosot kebelakangan ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pekerja Meninggal Dunia Selepas Majikan ‘Reject’ Cuti Sakit

gempak
20/09/2024
06:25 MYT
Seorang pekerja kilang elektrik di Muang, wilayah Samut Prakan meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit tambahan ditolak dan dia dipaksa kembali bekerja oleh majikannya.
Viral

Diabai Ketika Sakit, Suami Tikam Isteri Hingga Mati

gempak
09/09/2024
05:55 MYT
Seorang lelaki ditahan polis Jakarta Selatan selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sepat, Kecamatan Pasar Minggu pada 4 September.
Hiburan

Suka Sangat Makan Pedas, Usus Tyzo Hampir Bocor - "Sebelum Ini Memang Selalu Sakit Perut, Tapi Biar Je"

gempak
04/09/2024
09:55 MYT
Penyampai radio, Tyzo Xander mengakui ingin untuk berkeluarga dan punyai isteri buat menemaninya ketika waktu sukar terutama sakit.
Viral

Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"

gempak
16/08/2024
12:55 MYT
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Viral

Tekak Sakit, Gatal-Gatal Selepas Berkumur, Aleeya Zailan Terkejut Kualiti Air Keruh Hotel Mewah Di Melaka

gempak
10/08/2024
08:55 MYT
Pengasas Avenys, Aleeya Zailan kesal dan terkejut apabila percutiannya bersama keluarga di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka bertukar 'mimpi ngeri'.