,
Hiburan

"Such A Humble Person" - Hasrat Tercapai, Farhan Asri Dah Lama Simpan Impian Nak Berlakon Dengan...

Kamaruddin Razal
26/06/2020
21:23 MYT
Hasrat pelakon baru, Farhan Asri untuk bekerjasama dengan aktor popular Fattah Amin akhirnya menjadi kenyataan.
Farhan yang merupakan naib johan pencarian Hero Remaja 2017 menyatakan dia kagum dengan kejayaan Fattah yang bermula sebagai juara Hero Remaja 2012.
"Hero Remaja senior and Hero Remaja junior! Dari awal masa Hero Remaja teringin nak berkerja dengan abang Fattah @fattahaminz finally Alhamdulillah dapat kerja sekali dalam satu drama Pink Smile.
"Such a humble person and very professional on set! Paan selalu ikut perkembangan abang Fattah dan pemenang Hero Remaja lain yang berjaya menempatkan diri dalam industri seni," dedahnya.
Farhan berkongsi perkara ini menerusi kemas kini terbaru di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Farhan mengakui perjalanan menempa nama dalam bidang seni bukanlah sesuatu yang mudah.
"Paan tahu this journey is not easy tapi tiada apa yang mustahil kalau kita tak henti berusaha dan tidak mengalah.
"Kalau mereka boleh berjaya, begitu juga Paan. Betul? Terima kasih @creativeskillsolution for this amazing oppurtunity," tulisnya lagi.
Selain Farhan dan Fattah, drama bersiri Pink Smile turut dibintangi oleh Sweet Qismina, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq dan ramai lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dipertikai Guna 5 Bodyguard Ke Mahkamah, Pengurusan Fazura: “Kalau Pakai 1 atau 2 Tak Terkawal…"

gempak
26/09/2024
09:47 MYT
Pihak pengurusan Fazura, Iman Tang menjawab pertikaian dan persoalan segelintir pihak yang bertanya kepentingan serta keperluan bintang di bawah jagaannya itu ditemani lima pengawal peribadi sewaktu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Rabu.
Hiburan

Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."

gempak
26/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Abby Abadi mengakui dirinya berasa sebak melihat keretakan hubungan pasangan selebriti Fattah Amin dan juga isteri, Fazura.
Hiburan

“Rumah Tangga Ini Banyak Fasa…” - Sebak Baca Kisah Fattah & Fazura, Kak KM Beri Nasihat Buat Pasangan Berkahwin

gempak
25/09/2024
12:55 MYT
Anak kepada pelakon vateran Normah Damanhuri itu akui sebak apabila terbaca mengenai isu Fattah dan Fazura
Hiburan

Kongsi Posting Menyentuh Hati, Abby Abadi Minta Fattah Amin Pujuk Fazura - "Peluk Kuat-Kuat!"

gempak
25/09/2024
09:55 MYT
Pelakon Abby Abadi meminta supaya aktor, Fattah Amin memujuk Fazura dek kerana kemelut rumah tangga yang dilalui pasangan selebriti itu.
Hiburan

Pihak Pengurusan Fazura Bakal Ambil Tindakan Saman Terhadap Individu Didakwa Sebar Fitnah - “4 Hingga 5 Individu Dah Dikenal Pasti”

gempak
25/09/2024
07:55 MYT
Aktres Nur Fazura menerusi pihak pengurusannya bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah berhubung kes perceraiannya bersama suami, Fattah Amin.