,
Hiburan

Suami Terbabit Kes Seleweng Wang Syarikat, Bunga Citra Lestari: – “Boleh Tak Kalau Saya Tidak Mahu Ulas”

Gempak
23/07/2024
04:55 MYT
Penyanyi dan juri Gimme The Mic Malaysia, Bunga Citra Lestari tampil memberi respons terhadap isu yang membabitkan suaminya, Tiko Aryawardhana yang didakwa menyeleweng wang syarikat.

Beri Respons

Bercakap kepada Gempak, Bunga Citra Lestari enggan mengulas isu yang membabitkan suaminya itu.

“Boleh tak kalau saya tidak mahu ulas, sebaliknya ditanyakan sendiri kepada tuan badan,” respons Bunga ringkas.

Terdahulu, Tiko Aryawardhana didakwa menyeleweng dana berjumlah 6.9 miliar rupiah (RM1.7 juta).
Dakwaan penyelewengan dana tersebut dilakukan oleh Tiko berlaku sekitar tahun 2015 hingga 2021.
Ketika itu Tiko dan Arina mengusahakan perniagaan makanan dan minuman.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pegawai Penyiasat, Polres Metro Jakarta Selatan, Henrikus Yossi enggan memberikan kenyataan mengenai kemungkinan Bunga Citra Lestari turut dipanggil sebagai saksi kes penyelewengan wang tersebut.
Yossi berkata, siasatan kes penyelewengan syarikat diusahakan Tiko bersama bekas isteri, Arina Winarto iaitu PT Arjuna Advaya Sanjaya (AAS) sejak tempoh penubuhan syarikat pada 2015 sehinggalah perusahaan makanan dan minuman itu dihentikan pada 2019.
Untuk rekod, Bunga Cintra Lestari mendirikan rumah tangga bersama Tiko Aryawardhana, 43 pada Disember tahun lalu di Bali, Indonesia.
BCL juga pernah berumah tangga dengan pengacara dan aktor asal Malaysia, Allahyarham Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Noah Aidan Sinclair, 13.
Allahyarham Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 ketika tidur akibat serangan jantung.

Gimme The Mic

‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ dibarisi panel juri yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air serta antarabangsa.
Bangku juri bakal dihiasi oleh penyanyi dan komposer yang berbakat seperti Ajai, Yuna, Bunga Citra Lestari dan Hael Husaini.
Program ini turut memperkenalkan gandingan Sherry Alhadad dan Sean Lee sebagai hos, serta Ceddy Ang dan Daniel Cheang sebagai hos Live+.
‘TikTok LIVE X Astro Gimme The Mic Malaysia’ bersiaran secara langsung dari Pusat
Konvensyen CIDB, Cheras, Kuala Lumpur selama lapan (8) minggu bermula 21 Julai 2024, pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tidak Berniat Untuk Memiliki Anak Lagi Kerana….” - Bunga Citra Lestari

ARTIKEL BERKAITAN: #GimmeTheMicMY: Semua Peserta All Out! Yuna Akui Tertekan, Bunga Citra Lestari Stres… Ini Komen-Komen Juri Pada Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Bunga Citra Lestari Dituduh Seleweng Jutaan Ringgit, Bekas Isteri Lapor Polis

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Selamat Hari Jadi Di Syurga" - BCL Titip Ucapan Hari Jadi Buat Arwah Ashraf Sinclair

gempak
18/09/2024
16:55 MYT
Dalam satu hantaran di Instagram penyanyi yang popular dengan lagu Wanita Terbahagia itu telah memuat naik gambar Ashraf meniup lilin dan mengucapkan selamat hari jadi kepada arwah suaminya itu.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 10 Peserta Ke Pentas Akhir, Langkah 2 Peserta Terhenti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Separuh Akhir

gempak
08/09/2024
20:55 MYT
Peserta Farhan Mustapha unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu Separuh Akhir Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: 12 Peserta Melangkah Ke Separuh Akhir, Dua Tugasan Menanti… Jom Semak Markah Penuh Minggu Keenam Semua Peserta

gempak
01/09/2024
20:55 MYT
Peserta Shazreen Shaharum unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keenam Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Syaffiq Sahli Raih Markah Tertinggi, Mofanora Tersingkir.. Jom Semak Markah Penuh Minggu Keempat Semua Peserta

gempak
18/08/2024
21:55 MYT
Peserta Syaffiq Sahli unggul apabila berada di kedudukan teratas pada minggu keempat Gimme The Mic Malaysia yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras pada Ahad.