,
Laman Utama

Suami Natalie Portman Curang Dengan Aktivis Usia 25 Tahun

Maliah Surip
06/06/2023
13:50 MYT
Rumah tangga aktres berprolifik dan cantik, Natalie Portman dengan suaminya, Benjamin Millepied sedang dilanda badai.
Millepied diketahui curang dengan menjalin hubungan bersama seorang gadis berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Étienne. Étienne adalah seorang aktivis.
Portman dilaporkan menghidu kecurangan suaminya dengan gadis tersebut sekitar bulan Mac lalu. Paparazi pula berjaya merakamkan Millepied dan Étienne pada bulan Mei.
Meski dicurangi, Portman didakwa masih mahu menyelamatkan rumah tangganya dan enggan berpisah dengan Millepied yang merupakan seorang koreografer tersebut.
Millepied, 45, juga dikatakan berusaha keras untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sekaligus memastikan Portman memaafkan sikap curangnya.
“Dia sedar telah melakukan banyak kesilapan dan mahu Portman memaafkannya serta menyelamatkan keluarga mereka.
“Portman pula kekal menjaga privasi keluarganya dan tidak berminat untuk berkongsi dengan media. Keutamaannya adalah anak-anak dan privasi mereka,” ujar satu sumber seperti dilaporkan People.
Pasangan yang memiliki dua anak ini baru merayakan ulang tahun perkahwinan ke-10 tahun lalu. Mereka berkahwin pada 2012 selepas berkenalan dalam filem Black Swan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.