,
Laman Utama

Suami Maria Arshad Meninggal Dunia

Shahrin Zulkifle
21/07/2022
04:30 MYT
Suami kepada Seniwati Datin Maria Arshad, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar telah pun menghembuskan nafas terakhirnya pada petang semalam.
Perkhabaran duka itu telah dimaklumkan sendiri oleh Datin Maria Arshad menerusi satu hantaran yang dikongsi di laman Instagramnya.
“Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum semua warga Instagram, ahli-ahli keluarga, dan kawan-kawan semua.
“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita ingin dimaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar, telah menghembuskan nafas terakhirnya di PPUM pada jam 12.49 tengah malam semalam,”tulisnya.
Menerusi hantaran yang sama, difahamkan jenazah telah selamat dikebumikan pada hari yang sama.
“Jenazah dah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut jam 1.30 petang tadi.
“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, Insya-Allah.
“Terima kasih pada semua yang telah hadir pada pengebumian arwah suami saya, pada semua yang mendoakan dan whatsapp atau direct message saya,” tambahnya.
Bagaimanapun, punca sebenar kematian Allahyarham Datuk Abd. Rahman masih lagi belum dikongsikan kepada umum.
Sementara itu, perkhabaran duka itu dikongsikan oleh anak dan menantunya iaitu Ijoy Azahari dan Sharifah Shahirah di laman Instagram masing-masing.
Singgah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti turut melahirkan rasa duka dan mendoakan arwah di tempatkan dalam kalangan mereka yang beriman.
@Zielajalil : “ Innalillahi wa inna ilaihi raji'un. Allahummaghfir lahu warhamhu, wa’aafihi wa’fu ‘anh, salam takziah kakak.
@Nazazra : “Innalillahi wainna ilaihirajiun, Allahummagh firlahu warhamhu wa aafi wa fu anhu”.
@azlenatay : “Inna lillahi wainna ilaihi rojiun.. semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin.. Aameen ya Mujib. Salam takziah buat Datin sekeluarga”.
Sekadar info, Maria Arshad merupakan aktres popular sekitar era 80-an, seangkatan dengan nama besar yang selain seperti Noor Kumalasari, Rubiah Suparman dan Raja Noor Baizura.
Maria Arshad pernah berkahwin pada usia 16 tahun dan telah dikurniakan dua cahaya mata Zulkifly Azari (Ijoy) dan Norazlina, sebelum bercerai dan mendirikan rumah tangga keduanya bersama Abdul Rahman Abu Bakar seterusnya dikurniakan dua orang puteri Nabilla Manissa serta Natasha Munira.
Al-Fatihah dari Gempak.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Komposer Ooi Eow Jin Meninggal Dunia

gempak
18/09/2024
11:16 MYT
Komposer dan pemuzik terkenal, Datuk Ooi Eow Jin meninggal dunia akibat sakit tua pada petang Rabu.
Berita

Remaja Meninggal Dunia Selepas Rebah Ketika Main Bola Sepak

gempak
09/09/2024
16:25 MYT
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia ketika sedang bermain bola sepak di padang Semenyih,Selangor, pada Sabtu.
Hiburan

Pelakon Julian Ortega Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

gempak
03/09/2024
02:25 MYT
Pelakon terkenal kelahiran Sepanyol, Julian Ortega meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung ketika bercuti di Pantai Zahora di Barbate, Sepanyol pada 25 Ogos lalu.
Hiburan

Pernah Beri Bantuan, Sharifah Shahirah Syukur Aman Graseka Kini Berniaga Jellyball - “Saya Dah Block La Sebab Tak Nak…”

gempak
02/09/2024
02:55 MYT
Penyampai radio dan pelakon Sharifah Shahirah meluahkan rasa gembira apabila mengetahui pelakon Aman Graseka kini sedang giat berniaga di Kedah.
Berita

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

gempak
30/08/2024
07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.