,
Laman Utama

Suami Hentak Kepala Ke Dinding, Pelakon Bollywood Poonam Pandey Cedera Di Muka, Mata & ...

Amri Hassan
13/11/2021
02:50 MYT
Model dan pelakon Bollywood, Poonam Pandey dikejarkan ke hospital di Mumbai, India apabila mengalami kecederaan di kepala, mata dan muka akibat dipukul suaminya, Sam Bombay.
Susulan dengan insiden terbabit, Poonam, 30, turut membuat laporan polis dan suaminya itu telah ditahan oleh pihak berkuasa.
"Kes yang telah dilaporkan merujuk kepada Sam Bombay di bawah seksyen Indian Penal Code (IPC). Pelakon terbabit mengalami kecederaan serius di kepala, mata dan muka," kata polis Mumbai.
Siasatan lanjut masih dijalankan terhadap kes tersebut.
Difahamkan, suaminya telah menghentak kepala Poonam ke dinding kerana berang dengan tindakan pelakon wanita itu yang menghalangnya ketika sedang bercakap dengan isteri pertamanya.
Pada 2020, polis Mumbai pernah menahan suami Poonam kerana dakwaan mencederakannya selepas dua minggu berkahwin.
Ketika ditahan di Goa, Poonam mendakwa dirinya telah diugut dan dicabul dengan selepas dirinya diserang lelaki itu.
Poonam pernah menuduh suaminya memukulnya dengan teruk hingga menyebabkan dirinya mengalami bengkak otak.
Malah, menerusi wawancara bersama media sebelum ini, Poonam mendedahkan keluarganya pernah mencadangkannya agar meninggalkan suaminya selepas insiden berkenaan.
"Keluarga saya tak mahu saya bersamanya. Mereka tak nak saya berada dalam situasi sebegini," maklum Poonam.
Poonam muncul menerusi filem berjudul Nasha yang ditayangkan pada tahun 2013. Dalam filem berkenaan, Poonam melakonkan watak sebagai seorang guru yang menjalinkan hubungan terlarang dengan anak muridnya.
Tahun lalu juga, Poonam ditahan pihak berkuasa apabila menjalankan sesi penggambaran seksi di tepi pantai di utara Goa.
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi! !Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.