,
Terkini

Suami Heliza Helmi Nafi Terlibat Dalam Industri Perumahan, Akui Tidak Kenali Individu Yang Mendakwa Dirinya Scammer

Izwan Isa
15/01/2024
11:25 MYT

Suami kepada selebriti Heliza Helmi, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menafikan pernah berurusan dengan pelakon Fathia Latiff, apatah lagi terlibat dengan industri perumahan.

“Saya, Mahadi Badrul Zaman, yang juga dikenali sebagai Mahadi BZ, suami kepada Heliza Helmi, ingin menegaskan bahawa saya tidak pernah terlibat dalam sebarang kegiatan industri perumahan.

“Saya tidak mengenal secara langsung mahupun tidak langsung individu yang disebutkan dalam kenyataan di halaman Astro Gempak ini,” katanya.

BERITA TRENDING: Fathia Dakwa Suami Heliza Helmi Merupakan Seorang Scammer? - “Pergi Berjihad Tapi Scam…

Terdahulu, Fathia menerusi sesi siaraan langsung di Instagram berkata, rumah yang dibeli daripada Mahadi masih belum siap selain mendakwa terpaksa membayar ansuran RM2,000 setiap bulan.

Sebelum ini, Fathia beberapa kali menggunakan platform media sosial untuk bercerita perihal rakan-rakan artis termasuk Zahirah MacWilson, Aiman Hakim Ridza dan Zarina Anjoulie.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video