,
Hiburan

“Suami Hanya Ikut Arahan, Melepaskan Saya Tanpa Sebarang Sebab”- Nora Ariffin

Amri Hassan
13/08/2024
00:55 MYT
Penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin tampil menjelaskan situasi sebenar perceraiannya dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

Rushdi tak bersalah

Kata Nora menerusi hantaran di Instagram Stories, Rushdi tidak bersalah di dalam urusan perpisahan mereka malah perceraian tersebut juga didakwa berlaku tanpa sebarang punca.

“Ustaz (suami) tak bersalah, dia hanya mengikut arahan yang diberikan padanya.

“laitu melepaskan saya tanpa sebarang sebab dan juga merakamkan video sebagai bukti.
“Saya tergamam tak terkata. Cukuplah Allah bersamaku,” tulisnya

BERITA TRENDING: Nora Ariffin Diceraikan Suami Menerusi Rakaman Video

Terdahulu, Nora telah diceraikan talak satu oleh Rushdi menerusi rakaman video yang telah dimuat naik di Instagram.
Untuk info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.

BERITA TRENDING: “Masa Tu Nampak Putih Je, Saya Bertaubat… Mengucap” - Nora Ariffin

BERITA TRENDING: Ramai Terkejut Nora Ariffin Masuk ICU, Doakan Semoga Cepat Sembuh

BERITA TRENDING: "Sihir Pemisah Memang Benar Angkara Dengki..."- Nora Ariffin

Sumber: Instagram
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Elly Mazlein Kongsi Detik Perkenalan Bersama Suami - ”Lepas Dia Beritahu Tiada Instagram, Terus Lulus”

gempak
19/09/2024
08:55 MYT
Penyanyi dan pengacara terkenal, Elly Mazlein mengimbau kembali detik sewaktu perkenalan dengan suami, Muhammad Azlan Che Nuh.
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.