,
Laman Utama

Suami Eina Azman Hadiahkan 4 Biji Telefon Bimbit - “Tak Tahu Kenapa Dia Beli Banyak Sangat”

Asyikin Mayudin
28/09/2023
01:55 MYT
Bukan satu atau dua, tapi empat biji telefon bimbit jenis Iphone 15 yang diterima oleh pelakon Datin Paduka Eina Azman daripada suami tercintanya iaitu Datuk Paduka Kaisaer Gurmeet Harden.
Eina menerusi video yang dikongsikan di TikTok berkata dia tidak menyangka suaminya akan membeli empat biji telefon bimbit untuknya.
“Eina fikirkan suami beli satu biji Iphone 15… rupa-rupanya suami Eina beli empat Iphone 15 masyaAllah. Eina tak tahu kenapa dia beli banyak sangat. Jadi, sekarang ini ada baki tiga lagi Iphone15.
“Eina tak tahu nak buat apa dengan Iphone 15 ni, jadi apa patut Eina buat lagi tiga ini? Kalau Eina nak bagi korang percuma, ada tak yang nak?” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Eina berkata dia tidak pernah meminta untuk menukar telefon bimbit namun suaminya yang memaksanya untuk menggunakan yang lebih baru.
“MasyaAllah, sweetnya laki I ni siap ambil gambar lagi. I tak pernah minta nak up to date fasal handphone ini. Tapi suami I, dia ini memang suka paksa I tukar handphone.
“I ni pakai Iphone 11 ke 12 pun okay. Tapi dia ini, masyaAllah sayang… ya Allah ya Tuhanku,” katanya.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada 31 Ogos 2014 dan mereka dikurniakan sepasang anak kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia tujuh tahun.
BACA SINI: [VIDEO] “Just Nak Wish Macam Biasa, I Love You”- Eina Azman Mohon Suami Jangan Buat Lagi, Tak Sanggup Lalui Fasa Overthinking
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] “Just Nak Wish Macam Biasa, I Love You”- Eina Azman Mohon Suami Jangan Buat Lagi, Tak Sanggup Lalui Fasa Overthinking

gempak
23/03/2023
23:55 MYT
Eina kata Sayang please jangan buat lagi.
Laman Utama

"No...You Don't Even Wish Me!" - Rupanya Eina Azman Merajuk Sebab Suami Tak Sambut Birthday Tapi Ada Yang Tuduh Marketing?

gempak
18/03/2023
07:41 MYT
Ada pula kata marketing?
Laman Utama

Selepas Menangis Beri Bayangan Seperti Tak Dihargai, Terkini Eina Azman Akui 'Down' - "Life Must Go On..."

gempak
16/03/2023
01:49 MYT
Eina Azman Rasa Tak Dihargai?
Laman Utama

Nazar Untuk Suami Baik Dari Covid-19, Eina Azman Bawa Ke Umrah Buat Kali Ke-2

gempak
29/10/2022
02:41 MYT
Eina Azman Bawa Suami Ke Umrah Buat Kali Ke-2
Laman Utama

Dituduh Edit Gambar Untuk Nampak Tinggi, Ini Jawapan Eina Azman

gempak
08/09/2022
07:00 MYT
Eina Azman tetap tenang jawab tuduhan netizen.