Hiburan
Suami Cemburu, Tak Izinkan Kak KM Pasang Bodyguard Lelaki? - "Dia Cakap Dia Boleh Jaga Saya"
Usahawan sensasi, Kak KM tidak menyangka ramai yang mahu mencuba nasib untuk menjadi pengawal peribadinya selepas kejadian pecah masuk kediaman pada Mac lalu.
Bagaimanapun, tawaran itu terpaksa ditolak memandangkan suaminya tidak mengizinkannya untuk 'memasang' pengawal peribadi lelaki.
"Saya ini memilih orangnya. Saya tak suka orang yang banyak bercakap dan sukar memberi komitmen terhadap kerja.
"Tapi, suami cakap tak perlu upah pengawal keselamatan dan biar dia saja jaga saya. Saya kata tak boleh sebab siapa pula nak jaga anak dekat rumah?
"Saya nak pengawal lelaki. Takkan perempuan. Nanti saya pula kena jaga dia.
"Lelaki saja boleh lindungi wanita dan kalau boleh biarlah sedap mata memandang dan rupanya elok. Suami pula cemburu, sudahnya tak payah ada pengawal peribadi," ujarnya kepada Gempak.
BERITA TRENDING: Kak KM Nafi Tipu Keputusan SPM Anak!
BERITA TRENDING: Pasca Dirompak, Kak KM Hidup Dalam Ketakutan & Tak Tidur Lena - "Kita Berniaga, Bukan Saja-Saja Nak Tunjuk Barang Kemas"
BERITA TRENDING: Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."
BERITA TRENDING: Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”
Untuk rekod, pada 4 Mac lalu, rumah Kak KM dipecah masuk oleh beberapa individu dan sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai termasuk beberapa buah beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik Kak KM telah dilarikan.Penahanan empat individu terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki membawa kepada penemuan barang kemas milik usahawan berkenaan di sebuah rumah di Batu Pahat, Johor yang dianggarkan RM2.1 juta.
BERITA TRENDING: Anak Dapat 6A SPM, Kak KM Hadiahkan Kereta Mercedes & Cek RM10,000!
BERITA TRENDING: “Esok Aku Mati Pun Tak Mahu Naik Batu Bagai” – Kak KM
Must-Watch Video