,
Laman Utama

Strong Ladies! Saksikan Kehebatan Mereka Menerusi 4 Drama Ini, Confirm Jaw Dropping

Hanafis Haris
30/07/2021
09:19 MYT

Pejam celik sudah lebih enam bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau lockdown.

Pastinya ketika ini ramai tercari-cari drama yang boleh dilayan di saat kebosanan bukan?

Berita gembira buat semua, Astro kini membawa beberapa seleksi drama hebat terus ke rumah anda menerusi kempen ‘Bingeathon’.

Paling menarik, kebanyakan drama hebat ini dimonopoli serta mengangkat wanita sebagai peneraju utama.

Ini 4 drama yang anda wajib tonton!

#1 Penthouse 3

Seperti diketahui, musim kedua Penthouse berakhir dengan cerita yang tergantung dan mengejutkan.

Watak kesayangan ramai iaitu Logan Lee menjadi mangsa letupan sebuah kereta sebelum sempat bertemu dengan Shim Su Ryeon.

Untuk menjawab segala persoalan itu anda kenalah tonton Penthouse 3!
Malah, berikutan sambutan hangat penonton, Penthouse 3 akan disambung sebanyak dua episod.
Berita itu dimaklumkan oleh pihak produksi Penthouse 3 menerusi kenyataan ringkas kepada Sports Chosun semalam.
Ini bermakna Penthouse 3 akan berakhir pada episod 14 iaitu pada 11 September berbanding rancangan asal iaitu 12 episod sahaja.

Penthouse 3 disiarkan setiap Sabtu jam 9.30 malam manakala untuk siaran encore pula pada Isnin, 9.25 malam di One (saluran 393)

#2 Voice 4

Voice yang ditayangkan sejak tahun 2017 ini mengisahkan tentang panggilan kecemasan di seorang anggota polis mempunyai keistimewaan untuk mengesan mangsa penjenayah menggunakan deria pendengaran.

Dia mampu meneka lokasi kejadian dengan hanya mendengar keadaan persekitaran menerusi panggilan yang dilakukan oleh mangsa walaupun maklumatnya terhad.

Untuk musim keempat, cabarannya lebih sukar apabila penjenayah itu menyamar sebagai anggota berkenaan.

Voice 4 telah ditayangkan bermula 19 Jun lalu setiap Sabtu dan Ahad pada jam 9:15 malam di tvN (saluran 395)

#3 Pretty Little Liars (Versi Indonesia)

Pretty Little Liars mengisahkan tentang lima sahabat baik, Aria, Emma, Hanna, Sabrina dan Alissa yang merupakan gadis paling popular di Universiti Amerta.

Pada malam graduasi, mereka berpesta di rumah Sabrina. Tetapi sebaik mereka bangun, mereka dapati Alissa telah hilang.

Setahun kemudian, kehidupan Aria, Hanna, Sabrina dan Emma diganggu dengan mesej ugutan yang menyalahkan mereka tentang satu rahsia yang hanya diketahui oleh Alissa.

Pengirim mesej-mesej itu menggelarkan dirinya 'A'. Mereka yakin bahawa si 'A’ adalah Alissa yang telah hilang setahun lalu dan cuba mengusik mereka berempat.

Namun, tekaan mereka terus menjadi tanda tanya apabila mayat Alissa ditemui di halaman belakang vila miliknya.

Persoalannya, siapakah yang membunuh Alissa? Dan jika Alissa telah mati, siapakah 'A'?

Saksikan drama siri Pretty Little Liars di Astro Citra, saluran 108 (HD) atau 128 (SD), setiap hari Isnin, jam 9 malam. Anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

#4 Gossip Girl

Menampilkan pelakon serba baru, Gossip Girl versi 2021 ini akan membawa penonton menyaksikan kehidupan remaja elit di bandar New York.

Pastinya versi baru ini lebih segar, lebih drama dan penuh misteri.

Ditambah pula kehadiran suara naratif ikonik Gossip Girl iaitu Kristen Bell, drama ini pastinya membuatkan penonton lebih teruja.

Untuk makluman, antara yang bakal memeriahkan kehidupan remaja elit ini adalah Emily Alyn Lind, Tavi Gevinson, Whitney Peak, Eli Brown, Johnathan Fernandez, Jordan Alexander, Savannah Smith, Evan Mock, Jason Gotay, Thomas Doherty, Adam Chanler-Berat, Savannah Smith dan Zion Moreno.

Sejauh mana, pelajar sekolah elit ini berdepan dengan drama Gossip Girl anda kenalah tonton!

Siri Gossip Girl akan ditayangkan pada jam 5 petang, sama dengan waktu US secara On Demand atau melalui Astro Go dan HBO GO.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Luqman Hafidz Bawa Watak ‘Penunggang Agama’, Produksi Drama Sudah Ambil Langkah Berjaga-Jaga - “Kami Tidak Pergi Terlalu Jauh Seperti…”

gempak
17/09/2024
03:56 MYT
Membawa watak sebagai ‘penunggang agama’, pelakon Luqman Hafidz memberitahu pengarah dan penerbit drama Satu Hari Nanti sudah mengambil langkah berjaga-jaga dalam membawa isu agama.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Hiburan

Ezzanie Jasny Rupa-Rupanya Perangai Sejenis Kalut, Tak Ada Beza Dengan Watak Fish Dalam Drama Uncle Boss Mama – “Sangat Chaotic”

gempak
09/09/2024
12:25 MYT
Pelakon Ezzanie Jasny berkongsi pengalaman memegang watak Farafisha atau Fish di dalam drama Uncle Boss Mama.
Hiburan

Tak Nak Peminat Bazir Duit Mengundi, Siti Khadijah Hanya Perlu Sokongan Peminat Untuk Terus Berada Dalam Industri - "Saya Tak Nak Berlakon Sampai Tua Sangat..."

gempak
07/09/2024
03:55 MYT
Tidak pernah menganggap diri popular, pelakon Siti Khadijah berkata dia enggan meletakkan harapan yang tinggi dalam kerjaya seninya terutama hal yang berkaitan dengan anugerah.
Hiburan

Astro Raih 9 Anugerah, Teguhkan Pengaruh Serantau di Anugerah ContentAsia 2024

gempak
06/09/2024
08:25 MYT
Syarikat kandungan dan hiburan terkemuka Malaysia, Astro menunjukkan kecemerlangannya dalam industri dengan memperoleh sembilan anugerah berprestij di Anugerah ContentAsia 2024.