,
Laman Utama

Strim Morbius Di Astro & Berpeluang Menang Hadiah Best Ini!

Amri Hassan
19/05/2022
04:03 MYT
Pelanggan Astro boleh sewa dan strim filem aksi-pontianak Marvel, Morbius, ditayangkan bermula 19 Mei 2022 di Astro Best (Saluran 481), On Demand dan Astro GO.
Berdasarkan watak komik Marvel dengan nama yang sama, filem Morbius diarahkan oleh Daniel Espinosa dan menampilkan pemenang anugerah Oscars®, Jared Leto sebagai Michael Morbius, pengarah dan pelakon terkenal Matt Smith sebagai Milo.
Malah, turut ditampilkan pelakon wanita berbakat Adria Arjona sebagai Martine Bancroft, pelakon dari filem terbaharu ‘F9’, Tyrese Gibson sebagai Detektif Stroud, pelawak dan pelakon dari filem The Way Back, Al Madrigal sebagai Detektif Rodriguez dan ramai lagi.
Morbius, diadaptasi daripada watak komik pontianak yang hidup di alam Marvel Universe, mendedahkan satu watak paling menarik apabila Jared Leto berubah menjadi antiwira misteri iaitu Michael Morbius.
Dijangkiti penyakit berbahaya yang menyebabkan gangguan darah yang jarang, Mobius bertekad untuk menyelamatkan orang lain yang turut mengalami nasib yang sama, dan percubaannya menemukan jalan buntu. Pada mulanya apa yang dilihat sebagai kejayaan radikal, kemudian didedahkan menjadi lebih bahaya daripada penyakit itu.
Menariknya, pelanggan Astro berpeluang memenangi sebuah TV Sony 50 inci 4K Ultra HD dan hadiah eksklusif Morbius dengan langkah-langkah di bawah: - Sewa dan strim Morbius di Astro Best (Saluran 481), On Demand Store dan Astro GO dari 19 Mei hingga 1 Jun 2022. - Layari promotions.astro.com.my dan lengkapkan maklumat yang diperlukan. - Di pautan peraduan, jawab 2 soalan dan lengkapkan 1 slogan dengan tidak melebihi dari 15 perkataan: “Morbius adalah antiwira terbaik di alam Marvel Universe kerana …” - Satu (1) pemenang akan membawa pulang sebuah TV Sony 50 inci 4K Ultra HD, manakala sepuluh (10) pemenang hadiah saguhati akan membawa pulang set premium filem Morbius termasuk sepasang Cermin Mata Gelap Morbius, Beg Bertali Morbius, Buku Nota Magnetik Morbius dengan Pen dan Botol Air Berubah Warna Morbius.
Sewa Morbius semasa tempoh ‘Akses Awal’ pada RM35 dan strim tanpa had selama 48 jam. Untuk maklumat lanjut, layari promotions.astro.com.my
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

10 Hari Tiada Pelanggan, 'Pak Cik Tukang Kasut' Pernah Tertidur Di Kaki Lima - "Memang Tiada Langsung Duit Poket..."

gempak
22/08/2024
09:25 MYT
Kasut-kasut lusuh menjadi peneman Ujang Samsudin siang dan malam. Bergantung harap pada kasut lusuh sebagai punca rezeki, dia pernah bergelut ketika tiada pelanggan singgah di 'kedai kecil' miliknya.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang
Viral

Johan Pertandingan Menangis Beramai-Ramai Ini Bawa Pulang RM143.50

gempak
27/07/2024
00:55 MYT
Satu acara pertandingan menangis diadakan di Tegal, wilayah Jawa Tengah dengan pemenang membawa pulang hadiah berupa wang tunai 500,000 rupiah (RM143.50).
Sukan

"Mahu Lahirkan Lebih Ramai Pelumba Motosikal Negara" - M8 Pushbike, ZK Racing Anjur Pertandingan Pocketbike

gempak
21/07/2024
11:57 MYT
M8 Pushbike dan ZK Racing bakal bekerjasama mengadakan perlumbaan pocketbike berskala besar yang akan diumumkan kelak sebagai langkah mula meneruskan kesinambungan sukan dua roda ke arah permotoran.
the-hardest-singing-show

THSS: "Orang Ingat Saya Tak Percaya Dapat Nombor Lima" - Putera Muhammad

gempak
16/07/2024
13:55 MYT
Penyanyi Putera Muhammad akur dengan keputusan juri dan berpuas hati berada di kedudukan kelima pertandingan realiti nyanyian The Hardest Singing Show (THSS).