,
Hiburan

Strim ‘Belang Harimau Besi’ Yang Merungkai Peristiwa Bersejarah ‘Black Hawk Down’ Hanya di SYOK

Kamaruddin Razal
14/09/2020
18:49 MYT
SYOK memperkenalkan siri SYOKcast (podcast) terbaharu, ‘Belang Harimau Besi’, kepada semua rakyat Malaysia untuk mengimbau kisah pengorbanan dan luka berdarah, perwira negara, Malbatt 1, 27 tahun yang lalu.
Detik mendebarkan serta penuh semangat kepahlawanan Angkatan Tentera Malaysia dalam misi membawa keamanan di Somalia pada tahun 1993 sejajar dengan semangat GAGAH SETIA tentera kita, yang akhirnya mengarumkan nama negara ke persada dunia.
‘Belang Harimau Besi’ boleh distrim eksklusif di aplikasi dan laman web SYOK!
Dalam siri SYOKcast ini, Panglima Enam Briged Infantri Malaysia Brig Jen Dato Mohd Halim Khalid, wira negara yang berjuang bersama Angkatan Tentera Malaysia.
Beliau menceritakan pengalamannya secara langsung dan menggabungkan unsur drama, pengajaran dan berlandaskan peristiwa yang sebenar semasa pertempuran di Bakara Market.
Penceritaan siri SYOKcast melalui wadah drama ini turut mendapat sentuhan bakat hebat dari Mejar Meor Al-Azfar Meor Ahamad.
Beliau antara perwira kita yang pernah menyertai misi pengaman PBB di Beirut, Lebanon.
Peristiwa yang menjadi sejarah dunia ini digambarkan dalam SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ umpama satu dedikasi penghargaan kita semua, kepada pasukan Malaysia Batallion I (MALBATT I) yang menabur bakti dan bertarung nyawa di bawah panji Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bakara Market, Mogadishu, Somalia.
Perwira negara berjuang sehingga ke titisan darah terakhir bersama-sama United Nation Operation Somalia II (UNOSOM II), dalam perang saudara yang berlaku hampir 27 tahun lalu.
Siri SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ ini terdiri daripada enam episod.
Konsep persembahannya berdasarkan pengalaman dan kutipan naratif dari buku yang juga berjudul Belang Harimau Besi, hasil karya Brig Jen Dato Mohd Halim Khalid.
Untuk versi skrip SYOKcast, karyanya ditulis oleh novelis Lily Haslina Nasir, juga pengarang buku umum, yang sering memenangi pelbagai anugerah kebangsaan.
SYOKcast ini juga mendapat kerjasama dan restu oleh pihak penerbit buku ini, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
Lima daripada episod SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ berdasarkan pengalaman peribadi Brig Jen Dato Mohd Halim Khalid, manakala episod terakhir siri ini dikhususkan untuk mengungkap kisah di sebalik tabir penerbitan buku ini dan juga perkongsian kisah dari Brig Jen Dato Mohd Halim yang hadir di studio.
Episod pertama SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ akan bersiaran pada Rabu, 9 September 2020 menerusi aplikasi dan laman web SYOK.
Peminat-peminat siri ini boleh menantikan episod selanjutnya setiap Rabu, pada minggu-minggu seterusnya.
Episod-episod SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ adalah seperti berikut:
Episod 1: Hadirmu Tidak Diundang, Pergimu Tidak Dihalang Episod 2: Langit Sering Beributkan Peluru Episod 3: Militia Umpama Dubuk-Dubuk Liar Episod 4: Gugurnya Wira Bangsa Episod 5: Harimau Besi Gagah Bertaring
Dapatkan maklumat lanjut berkaitan siri SYOKcast ‘Belang Harimau Besi’ di www.syok.my atau ikuti SYOK di laman sosial Instagram.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung

gempak
07/09/2024
08:25 MYT
Astro Radio dengan bangganya menganjurkan SYOK Fest 2024, bermula Jumaat hingga Ahad ini bertempat di Oval Lawn, Setia City Park, Setia Alam, Shah Alam.
Laman Utama

SYOK Podcast Terbitan Astro Radio Terima Anugerah Citra Sahabat DBP 2023

gempak
07/10/2023
14:50 MYT
Tahniah SYOK dan Astro Radio!
Laman Utama

SYOK Menang Radioinfo Asia Podcast Awards 2023

gempak
03/09/2023
15:50 MYT
Tahniah!
Laman Utama

Ingin Menangi Wang Tunai Dengan Mudah? Jom Sertai Peraduan Radio ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN sekarang!

gempak
22/02/2023
12:00 MYT
Jom sertai sekarang!
Laman Utama

SYOK, Rakita Anjur Peraduan 'Spin To Win'! Why Not Cuba Nasib!

gempak
12/01/2023
01:59 MYT
Good luck korang!