gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mencemaskan! Yazmin Aziz & Keluarga Terkandas Di Pertengahan ‘Ride’ - “Kami Ingat Ia Sebahagian Daripada…”
HIBURAN
Aziz Harun Selesa Menetap Di Kuala Lumpur, ‘Anytime’ Boleh Balik Brunei - “Lepas Habis Belajar Saya Terus Dapat Visa”
HIBURAN
"Ambillah Masa, Menangislah Kalau Perlu" - Khai Bahar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, Penduduk Kongsi Detik Cemas - "Kita Takut Jadi Seperti ..."

gempak
Gempak
21/06/2025
20:41 MYT
Sponsor Banner
Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, Penduduk Kongsi Detik Cemas - "Kita Takut Jadi Seperti ..."
“Ingatkan cuma bunyi angin kuat, rupanya dentuman awal sebelum kebakaran.”
Itu reaksi suri rumah, Elesha Alwi, 42, yang masih trauma dengan insiden kebakaran berhampiran rumahnya di Taman Megah Ria, pada tengah hari Sabtu.
Menurutnya, kejadian cemas itu bermula sekitar jam 12 tengah hari apabila dia terdengar dentuman kuat dari luar rumah, namun menyangka ia hanya bunyi biasa akibat tiupan angin.
“Lebih kurang jam 1 tengah hari saya mula nampak api semakin marak.
"Waktu itu memang rasa takut sangat sebab jarak rumah saya dengan kawasan kebakaran kurang 50 meter saja,” katanya ketika ditemui di lokasi.
Menurut Elesha, dia bersama tiga anaknya segera menyelamatkan diri selepas menerima arahan berpindah sementara daripada pihak polis.
“Kami keluar ikut pintu belakang rumah sebab api dah sampai ke seberang jalan depan rumah.
"Memang panik masa tu, tapi syukurlah tiada kecederaan terhadap keluarga saya," katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Zulkarnan Mohamed Nor, 63, yang telah menetap di kawasan itu selama 20 tahun, mengakui bimbang dengan kewujudan kawasan penyimpanan minyak enjin berdekatan.
Katanya, kebimbangan itu akhirnya menjadi kenyataan apabila kebakaran berlaku sehingga menyebabkan penduduk terpaksa dipindahkan.
Menurut Zulkarnan, dia mula melihat kepulan asap sekitar jam 11.30 pagi sebelum api mula merebak, dipercayai berpunca daripada tumpahan minyak.
“Ada beberapa lori parkir di kawasan tu dan semuanya hangus terbakar. Minyak yang tumpah mungkin menyebabkan api cepat merebak.
"Kita takut jadi seperti kes kebakaran besar sebelum ini,” katanya sambil menyeru agar pihak berkuasa memantau semula lokasi penyimpanan bahan mudah terbakar berhampiran kawasan kediaman.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan sebuah kawasan penyimpanan lori dan minyak enjin di Jalan Cenderai 27, Taman Kota Puteri, Masai di sini musnah kira-kira 60 peratus dalam kebakaran tengah hari Sabtu.
Kebakaran itu menyebabkan kepulan asap hitam tebal setinggi 100 meter dan jelas kelihatan sejauh lebih lima kilometer di Lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) dan beberapa letupan turut kedengaran sehingga menimbulkan kerisauan penduduk. - SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Minyak
#Johor
#Terbakar
#Cemas
#Stor
#Penduduk
Must-Watch Video