gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Tipe X Rayakan 3 Dekad Dengan Skalut Party, Anak Ska 90-an Sila Munculkan Diri
HIBURAN
Salah Faham Dalam Pesawat, Edison Chen: “Saya Akan Buat Anda Dopecat!”
BERITA
Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, 5 Premis, 13 Kenderaan Musnah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, 5 Premis, 13 Kenderaan Musnah

gempak
Gempak
21/06/2025
14:16 MYT
Sponsor Banner
Stor Simpanan Minyak Enjin Terbakar, 5 Premis, 13 Kenderaan Musnah
Kebakaran lima buah kilang melibatkan kawasan seluas 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria Johor Bahru tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Timbalan Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Kanan Bomba II Rosfarawadi Ismani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 12.54 tengah hari.
“Pemeriksaan awal mendapati empat premis iaitu stor simpanan minyak enjin, premis kitar semula, premis membuat sabun dan tempat parkir lori musnah dijilat api, manakala sebuah premis cuci kenderaan terbakar sebahagian.
“Turut musnah lima buah lori tangki, lima buah motosikal dan tiga kenderaan peribadi. Api berjaya dikawal, namun operasi masih diteruskan bagi memastikan kebakaran tidak berulang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.
Rosfarawadi Ismani berkata, seramai 34 anggota dan sembilan jentera dari lima balai bomba dan penyelamat terlibat dalam operasi. Kebakaran dipercayai berpunca dari kawasan kitar semula dan simpanan minyak enjin.
Tambahnya, arahan pengosongan kediaman penduduk dibuat bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Mereka akan dibenarkan pulang selepas kawasan kebakaran selamat sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE
Topic Berkaitan
#Viral
#Minyak
#Johor
#Terbakar
#Stor
Must-Watch Video