,
Laman Utama

"Stop Guna Nama Allah, Nampakkan You Sangat Munafik" - Puteri Sarah

Amri Hassan
06/01/2023
15:25 MYT
Isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana meminta agar suaminya tidak terus menuding jari kepada pihak lain dan menggunakan agama untuk 'melepaskan' diri.
Jelas Puteri Sarah menerusi sepotong rakaman video pada Jumaat, tindakan Syamsul yang sentiasa melarikan diri daripada bersemuka dengan kemelut yang melanda rumah tangga mereka disifakan pengecut.
"Kepada Syamsul, tindakan you sekarang I rasa lelaki pengecut. Sebab you dah kahwin, datang ke media sosial dan you blame me.
"Macam mana you bincang dengan family kita masa nak ambil I, sama juga you patutnya bincang dengan mak, bapa I dan mama dan papa you. Sedangkan you banyak kali kata you tak nak kat perempuan itu.
"Sekarang ini, hal dah jadi terbalik. Jadi, berhenti salahkan saya. Sebab orang keliling saja tahu you macam mana," ujarnya.
Puteri Sarah dalam pada itu turut mengingatkan madunya, Ira Kazar untuk memberikan kerjasama kepada mahkamah selepas didakwa melanggar perintah injuksi sebelum ini.
"I nak bagitahu, isteri you tu dah langgar perintah injuksi dan menghina mahkamah jadi saya dah berbincang dengan peguam, kita jumpa di mahkamah.
"Saya harap selepas ini, you settlekan semua ini. Syamsul, jangan kata I buka aib you. You rasa apa perasaan I masa tengah pantang dan tengok video you dengan perempuan itu? You tahu masa itu, perempuan itu provoke I dan ganggu mak you.
"Peguam I juga cakap kalau you betul, you mesti akan bernikah di Malaysia, bukan Thailand. Stop guna nama Allah, sebab itu lagi menampakkan you sangat munafik. Jangan ingat saya diperbodohkan," tegas Puteri Sarah lagi.
Syamsul pada Jumaat mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Ira Kazar, wanita yang didakwa pernah menjadi individu ketiga dalam perkahwinanya bersama Puteri Sarah.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Summayah, 3 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

gempak
23/11/2024
03:55 MYT
Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

“Permintaan Dia Sebelum Menutup Mata…” - Kiah Propa Kembali Berkahwin, Mahu Jaga Bekas Suami Sakit Kanser Leher

gempak
18/11/2024
08:25 MYT
Pelakon dan usahawan, Kiah Propa memilih untuk kembali melangsungkan perkahwinan bersama bekas suaminya, Mohamad Nazri Ismail.
Hiburan

Kahwin Setengah Tahun, Pejabat Agama Dedah Rizky Febian-Mahalini Belum Daftar Nikah

gempak
14/11/2024
03:20 MYT
Sejak menikah pada 10 Mei 2024, rumah tangga Rizky Febian dan Mahalini sudah beberapa kali diterpa kontroversi.
Hiburan

Syamsul Yusof Kongsi Video Tengah Shooting Filem ‘Khawarij’ Buat Netizen Lagi Tak Sabar - “Keluar Pawagam Saja, Aku Mesti Tengok…”

gempak
13/11/2024
07:55 MYT
Perkongsian video di Instagram Syamsul Yusof memperlihatkan pengarah itu sedang menjalani penggambaran filem seram terbaharunya berjudul Khawarij menarik perhatian warga maya.
Unitar