HIBURAN
Stesen Televisyen Kena Tindakan Disiplin, Pembaca Berita Mabuk Sewaktu Bersiaran Langsung
Sebuah stesen penyiaran di Korea Selatan, JIBS Jeju Broadcasting telah dikenakan tindakan disiplin selepas seorang pembaca berita mereka mabuk sewaktu bersiaran langsung.
Keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh Suruhanjaya Piawaian Komunikasi Korea (KCSC) selepas mengadakan mesyuarat di Dewan Penyiaran Korea, Yangcheon-gu, Seoul.
Mereka berpendapat pembaca berita, Cho Chang Beom telah melanggar peraturan penyiaran kerana tidak menjaga maruah (Artikel 27) dan menyebabkan gangguan siaran (Artikel 55-2), lapor AllKPop.
Perbuatan itu dilakukan pada 30 Mac tahun lalu. Chang Beom didakwa telah menyampaikan berita dalam keadaan mabuk teruk. Ketika bersiaran, Chang Beom membaca dengan pertuturan tidak jelas.
Dia juga dilihat telah terdiam selama tujuh saat sekaligus menyebabkan gangguan siaran berita yang disampaikan.
“Pembaca berita telah meminum alkohol pada siang hari dan masa sama mengambil ubat selesema.
“Chang Beom menyedari dirinya tidak berada dalam keadaan baik semasa bersiaran langsung sebelum pihak produksi enghentikan berita dan membuat permohonan maaf secara langsung,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pihak stesen televisyen.
Justeru dia digantung tugas selama tiga bulan dilarang terlibat dalam penerbitan berita selama setahun. Pengarah berita juga diberi amaran.
Namun pihak KCSC menyifatkan tindakan yang diambil stesen televisyen tidak bersifat segera selain penyiaran dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima oleh mana-mana stesen dan menjatuhkan hukuman undang-undang.
Ini termasuklah pemotongan mata dalam semakan pembaharuan lesen penyiaran dan penilaian lain terhadap stesen tersebut.
Must-Watch Video