Laman Utama
Steady, Rani Kulup Pakai Baju Pahlawan Ke Penamaan Calon, Kipidap Dongibab!
Kehadiran Rani Kulup sewaktu proses penamaan calon kerusi Parlimen Port Dickson di sini hari ini menarik perhatian umum.
Aktivis sosial dengan nama sebenar Abdul Rani Kulup Abdullah itu hadir segak berbusana pahlawan Melayu warna merah sambil diiringi lebih 50 orang menyokongnya tak ubah seperti dalam filem filem Melayu lama.
Selain mencuri perhatian dengan busana pahlawannya, ‘pasukan’ Rani Kulup juga membuat suasana ‘ceria’ apabila melaungkan slogan yang sangat dekat dengan dirinya, ‘Dont give up, kipidap’.
Abdul Rani atau juga dikenali sebagai Ayahanda bersama penyokongnya nampak sangat bersemangat untuk memberi saingan kepada parti lawan.
Terdahulu media melaporkan Rani Kulup tiba Pusat Penamaan Calon, Kompleks Pentadbiran Port Dickson pada pukul 8.50 pagi.
Beliau bertanding atas tiket calon bebas selepas Parti Barisan Penyatuan Nasional (BPN) yang diwakilinya tidak diterima pendaftaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
PRU-15 bermula hari ini dengan proses penamaan calon di 222 pusat penamaan di seluruh negara.
Foto; Kosmo!
Must-Watch Video